Lebih 40% Pencarum KWSP Kini Berjaya Capai Simpanan Wang Asas Untuk Pencen
Satu peningkatan baik buat pertama kali.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat pertama kali, lebih 40% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai wang cukup untuk pencen
Menurut laporan dari Malay Mail, peratusan ini telah dikongsikan oleh KWSP di mana 41.2% pencarum kini mempunyai lebih RM240,000 dalam akaun mereka pada tahun 2025.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn, jumlah 40% ini adalah seiring dengan rekod peningkatan sejak tahun 2007 lagi.

Simpanan KWSP menjadi tanda aras jumlah wang yang diperlukan rakyat untuk pencen
Menurut panduan KWSP, simpanan pencarum dibahagikan kepada tiga tahap simpanan:
– Simpanan dan Pendapatan Asas (RM390,000) – untuk menampung keperluan persaraan yang penting
– Simpanan dan Pendapatan Mencukupi (RM650,000) – untuk mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa persaraan
– Simpanan dan Pendapatan Dipertingkat (RM1.3 juta) – untuk menyokong keselamatan dan kebebasan kewangan yang lebih tinggi untuk kualiti hidup yang lebih baik.
Jumlah yang dikongsikan di atas adalah cukup untuk 20 tahun selepas pencen.
Pada tahun 2025, sasaran simpanan dan pendapatan asas juga telah ditingkatkan kepada RM270,000 daripada RM240,000 tahun lepas.

"Sejak tiada lagi pengeluaran yang dibenarkan, jumlah simpanan kini semakin meningkat," katanya lagi.
Beliau juga mengatakan caruman daripada inisiatif sendiri juga boleh memberi kelebihan tinggi daripada orang lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 