Lebih 21,000 Kes Remaja Mengandung Anak Luar Nikah Direkodkan Sejak Tahun 2019
Semuanya remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam tempoh bermula 2019 sehingga 2024, seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin telah hamil
Berdasarkan laporan dari Harian Metro, Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan rekod ini adalah berdasarkan data dari Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut beliau, usaha dari pelbagai inisiatif untuk membendung isu ini sudah dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).
"Antara inisiatif itu termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI)." kata beliau.
Matlamat meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan reproduktif
Pelan ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif bagi melahirkan masyarakat lebih bertanggungjawab dan berdaya tahan.
"Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah," katanya di laman Parlimen.
Nancy juga mengulas lanjut bahawa PEKERTI turut melibatkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian menerusi pelantar Majlis Sosial Negara termasuk program di peringkat institusi pengajian tinggi.

Sekolah juga bakal mendapat khidmat sokongan khas buat remaja menerusi Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN.
"KafeTEEN merupakan inisiatif LPPKN bagi menyediakan ruang bimbingan dan pendidikan kepada remaja untuk membentuk kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang positif." ulas beliau lagi.
Akses kepada perkhidmata sokongan ini akan diperliaskan lagi melalui 18 Pusat Remaja KafeTEEN dan sebuah trak KafeTEEN yang menawarkan perkhidmatan klinik kesihatan reroduktif dan kaunseling psikososial.
Nancy Shukri juga memesan usaha untuk membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 