Latif Romly Pecah Rekod Dunia & Rangkul Emas Lompat Jauh T20 Di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025

Terbang Latif Terbang!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly terus membuktikan dirinya masih berbisa apabila berjaya meraih emas dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India hari ini

Menerusi laporan Harian Metro, Latif berjaya melakukan lompatan sejauh 7.67 meter (m), sekali gus memastikan emas menjadi miliknya dan lebih manis, itu juga adalah rekod dunia terbaharu selepas memecah rekod sendiri, 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018.

Bukan itu sahaja, atlet kelahiran Perlis itu juga memadam rekod kejohanan milik Ranki Oberoi dari Belanda, 7.39m yang dilakukan di Dubai pada 2019 seawal lompatan pertama, 7.61m.

SAYS.com
Image via Hannah Yeoj (Facebook)

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya hari ini kerana berjaya memecahkan dua rekod (rekod kejohanan dan rekod dunia) di New Delhi. Saya ingin mendedikasikan pingat ini kepada isteri dan anak-anak saya.

"Mengimbangi latihan dengan masa untuk isteri serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi, kedua-duanya penting dan kuncinya ialah disiplin,"
katanya.

SAYS.com
Image via REUTERS via Berita Harian

Pingat perak diraih oleh Hassan Dawshi dari Arab Saudi yang melakukan lompatan sejauh 7.36m dan Matvei Iakushev dari Rusia pula meraih gangsa, 7.22m

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh cukup berbangga dengan pencapaian Latif itu dan melihat kejayaan itu hasil usaha atlet berkenaan selama ini membuahkan hasil.

"Sejarah dicipta di Kejohanan Para Dunia di New Delhi, Datuk Abdul Latif Romly mengekalkan status legenda dengan lompatan 7.67m dan memecahkan rekod dunia dirinya sendiri di Kejohanan Asia Jakarta 2018 (Sukan Para Asia). Inspirasi sebenar disiplin, fokus dan kegigihan," katanya.

SAYS.com
Image via REUTERS via Berita RTM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: