Larangan Telefon Di Sekolah Kekal, KPM Tegaskan Aspek Keselamatan & Integriti Digital

Difahamkan, larangan berkenaan masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sedia ada.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Larangan membawa dan menggunakan peranti peribadi termasuk telefon bimbit oleh murid di kawasan sekolah kekal berkuat kuasa, walaupun pendidikan digital semakin meluas

SAYS.com

Gambar sekdar hiasan.

Image via Berita Harian

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan langkah itu perlu bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan serta persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata larangan berkenaan masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sedia ada.

Namun, selari dengan keperluan semasa, KPM telah memperkenalkan SPI Bilangan 2 Tahun 2018 yang membenarkan penggunaan peranti tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, tertakluk kepada syarat ketat.

"Jadi, dalam garis panduan ini sudah dinyatakan syarat penggunaan, prosedur kawal selia dan tanggungjawab murid, guru serta pentadbir bagi mencegah penyalahgunaan seperti akses kandungan tidak wajar, ketagihan skrin dan permainan dalam talian yang berlebihan," katanya.

Fadhlina turut memaklumkan KPM melaksanakan program intervensi dan kesedaran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan penggunaan peranti dalam kalangan murid ditangani secara berhemah

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Image via Harian Metro

"Dalam masa sama, membenarkan ia dengan syarat-syarat tertentu kerana keperluan semasa dan zaman, tetapi mesti mematuhi soal-soal integriti. Hasrat kita, mahu melihat bahawa pendidikan ini, kembali kepada tujuan asalnya, iaitu memanusiakan manusia, menginsankan insan," katanya lagi.

Dalam masa sama, KPM memberi penekanan kepada peningkatan kompetensi guru agar perkembangan teknologi dikuasai secara beretika dan berkesan. Beliau menegaskan teknologi tidak boleh menggantikan peranan guru dalam sistem pendidikan.

Sebagai contoh, platform DELIMA menunjukkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan digital dengan kadar penggunaan aktif mencecah 99 peratus guru dan 64 peratus murid setakat November lalu.

"Walau apa sekalipun tumpuan kita kepada digital, datanglah apa pun rempuhan teknologi terkini, tetapi ia sama sekali tidak boleh mengambil alih tugas guru. Selamanya, sistem yang terbaik dalam pendidikan ini adalah gurunya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: