Larangan Minum Arak Di Tempat Awam & Denda RM2,000 Kini Berkuat Kuasa Di Negeri Sembilan

Difahamkan, larangan ini telah lama wujud tapi tiada penguatkuasaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jom Explore & Harian Metro (Gambar sekadar hiasan)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Negeri Sembilan kini menguatkuasakan larangan meminum minuman keras di kawasan awam

Ia sebahagian daripada langkah untuk menjaga ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Individu yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan kompaun serta-merta, dengan denda maksimum sehingga RM2,000 mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Langkah tegas ini diambil bagi memastikan kawasan awam kekal selamat dan selesa untuk semua lapisan masyarakat, tanpa gangguan daripada tingkah laku yang tidak bersesuaian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

Larangan telah lama wujud, tapi ketiadaan tindakan penguatkuasaan 

Menerusi laporan Berita RTM, Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun memberitahu larangan itu telah lama wujud, namun ketiadaan tindakan penguatkuasaan melalui kompaun menyebabkan masalah itu terus berulang.

Larangan atas kesalahan itu akan dikuatkuasakan sepenuhnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SAYS.com

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.

Image via Berita RTMImage via

"Jadi kita hari ini, kita mahu pastikan bahawa di tempat awam, di padang awam, di taman rekreasi dan pantai awam tidak dibenarkan. Kita mahu kuasa daripada pihak polis dan PBT untuk mengambil tindakan. Boleh kompaun kepada mereka yang tidak patuh," katanya.

Tambah beliau, larangan minum minuman keras di tempat awam seperti di taman rekreasi, taman kanak-kanak dan juga pantai awam adalah bagi menghormati sensitiviti masyarakat.

PBT dan pihak polis boleh mengambil tindakan menghalau dan mengenakan kompaun kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan minum minuman keras di tempat awam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: