Lapangan Terbang Antarabangsa Terbesar Asia Bakal Dirasmikan Bulan Depan, Cuba Teka Di Mana?

Lapangan Terbang Antarabangsa Noida di Jewar, India dijangka dirasmikan pada 30 Oktober depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Aviation A2Z
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Noida di Jewar, India yang digelar sebagai lapangan terbang terbesar di Asia, dijangka dirasmikan pada 30 Oktober depan

Menurut laporan Business World, Menteri Penerbangan Awam India, Kinjarapu Rammohan Naidu, berkata penerbangan komersial dijangka bermula dalam tempoh 45 hari selepas perasmian.

Dalam ucapannya di Ghaziabad, beliau memaklumkan bahawa fasa pertama operasi akan menghubungkan sekurang-kurangnya 10 bandar di India, termasuk Bengaluru, Mumbai dan Kolkata.

Ketika ini, perbincangan sedang berlangsung dengan IndiGo dan Air India Express untuk menjadi syarikat penerbangan pertama yang beroperasi dari lapangan terbang ini.

SAYS.com
Image via Aviation A2Z
SAYS.com
Image via Aviation A2Z

Pada peringkat awal, lapangan terbang itu akan mempunyai satu landasan dan sebuah terminal yang mampu mengendalikan 12 juta penumpang setahun, dengan kira-kira 6 juta penumpang dijangka pada tahun pertama

Apabila siap sepenuhnya dalam empat fasa, kapasiti keseluruhan akan meningkat sehingga 70 juta penumpang setahun.

"Buat masa ini, tarikh yang ditetapkan ialah 30 Oktober dan dalam masa 45 hari selepas itu kita akan lihat penerbangan mula beroperasi. Syarikat penerbangan juga sangat teruja untuk memulakan operasi dari lapangan terbang Jewar kerana kawasan ini mempunyai potensi yang besar," katanya.

Selain itu, kemudahan itu juga dijangka menjadi hab kargo utama di rantau tersebut. Dengan keluasan 1,334 hektar, lapangan terbang tersebut akan mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi serta mengukuhkan Kawasan Ibu Negara (NCR) sebagai pusat logistik dan penerbangan.

Naidu memaklumkan bahawa pembinaan kini berada di peringkat akhir, dengan landasan sepanjang 3,900 meter dan menara kawalan trafik udara sudah siap. Struktur terminal juga hampir selesai, termasuk aerobridge, sistem pengendalian bagasi dan e-gate yang telah dipasang. Kerja-kerja dalaman sedang giat dijalankan bagi memastikan semuanya siap sebelum perasmian.

"Setelah semua persiapan disahkan, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) akan mengeluarkan lesen aerodrom," jelasnya.

SAYS.com
Image via Aviation A2Z

Difahamkan, lapangan terbang itu juga akan disambungkan melalui enam lebuh raya utama, koridor Rapid Rail-Metro, serta teksi pod futuristik

Kod penerbangan yang ditetapkan untuk lapangan terbang ini ialah DXN.

Dalam majlis yang sama, Naidu turut mengumumkan projek pengembangan Lapangan Terbang Hindon di Ghaziabad, termasuk tambahan kawasan parkir.

Beliau juga berkongsi bahawa Wi-Fi percuma akan tersedia di semua lapangan terbang di India dalam tempoh dua bulan, selain perancangan untuk menyediakan perpustakaan mini bagi penumpang.

SAYS.com
Image via Aviation A2Z

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: