Laluan Cameron Highlands–Gua Musang Dibuka Semula, Pengguna Dikenakan Caj RM5 Sehala
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika melalui laluan berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Laluan Cameron Highlands–Gua Musang yang sebelum ini terjejas akibat kejadian tanah runtuh kini boleh digunakan semula menerusi laluan sementara yang dibina oleh sebuah syarikat perladangan
Menurut laporan Kosmo!, sebuah video di TikTok yang dikongsi oleh pengguna @nashtemiar2025 memaklumkan bahawa pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut dikenakan bayaran RM5 bagi perjalanan sehala, manakala RM10 untuk perjalanan pergi dan balik.
"Info terkini pada 30 Disember, sekarang kita sudah boleh guna laluan yang dibina oleh pihak syarikat perladangan. Cuma dikenakan bayaran RM5 sehala. Kalau pergi balik, sediakan RM10. Mungkin bayaran untuk pihak kontraktor yang membina laluan ini," katanya.
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika melalui laluan berkenaan, memandangkan keadaan cuaca masih dalam musim tengkujuh dan berisiko licin.


Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial
Rata-rata menyatakan rasa syukur kerana laluan berkenaan kembali boleh digunakan, namun pada masa sama berharap aspek keselamatan terus diberi perhatian.
Setakat ini, pengguna jalan raya disarankan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta menilai keadaan cuaca sebelum menggunakan laluan sementara tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Antara komen netizen di TikTok:



Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 