La Nina Dijangka Melanda Malaysia Dari Oktober Hingga Disember Ini
Semua warga Malaysia perlu lebih bersedia dengan fenomena ini.
Cover image via NSTPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fenomena La Nina dijangka akan melanda Malaysia mulai bulan ini sehingga hujung tahun 2025
Kejadian ini bakal memberi impak yang ketara buat rakyat dan Malaysia.
Menurut Dr Zulfa Hanan Ashaari, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) fenomena ini bakal membawa hujan lebat, banjir kilat dan berkemungkinan besar tanah runtuh.
Menurut laporan dari New Straits Times, Dr Zulfa mengatakan orang ramai perlu peka dengan setiap amaran yang dibuat oleh Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) supaya boleh bertindak dengan segera.
"Satu aspek penting adalah memeriksa keadaan rumah dengan memastikan bumbung dan longkang bebas dari sebarang kebocoran atau tersumbat, supaya air hujan boleh mengalir dengan baik," katanya.
La Nina adalah fenomena iklim di mana suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih sejuk daripada biasa.
Fenomena ini boleh mengubah corak angin dan taburan hujan di pelbagai kawasan dunia termasuk Asia Tenggara.
Kebersihan perlu menjadi fokus untuk mengelakkan penyakit bawaan air dan penyakit dari nyamuk
Bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang mudah banjir, dokumen-dokumen penting dan barangan elektrik perlu diletakkan di tempat yang tinggi.

"Tambahan lagi, semua orang digalakkan untuk menyediakan beg kecemasan yang mempunyai makanan, air, ubat, lampu suluh dan power bank," ujar Dr Zulfa.
Laporan mengatakan La Nina akan menjejaskan cuaca di Malaysia dari Oktober sehingga Disember ini dengan kebarangkalian 71% dan berkemungkinan akan berlanjutan sehingga tahun hadapan dengan kebarangkalian sebanyak 54%.
Semua orang dinasihatkan untuk menyimpan dokumen penting ditempat tinggi, menyediakan ubat-ubatan, dan mengelak aktiviti luar yang terdedah kepada banjir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



