Kumpulan Elite Tak Patah Semangat Walaupun Dikecam, Konsert 30 Tahun Tetap Diteruskan
Go Elite Go!
Cover image via mStarFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan semua artis dapat bertahan dalam industri hiburan sampai tiga dekad
Tetapi, bila kumpulan wanita popular era 90-an, Elite, mengumumkan konsert sempena ulang tahun ke-30 mereka, reaksi yang diterima agak mengejutkan kerana ramai yang mengecam mereka.
Pada 23 Jun lalu, lima anggota asal Elite iaitu Linda Rafar, Azza, Abby Abadi, Shasha dan Watie Sadali tampil dalam satu sidang media mengumumkan konsert sulung mereka yang bakal berlangsung 20 September nanti di Dewan Plenari, KLCC.
Namun tidak lama selepas itu, netizen mula mengecam sidang media tersebut di media sosial. Antara yang paling menjadi sasaran adalah penampilan Linda Rafar yang mengenakan busana ketat berwarna hitam dan putih.
Ramai menyifatkan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita berhijab. Akibat kecaman itu, Linda dilaporkan mengalami anxiety dan hilang selera makan selama beberapa hari.

Iman Tang minta Elite kekal fokus
Dalam pada itu, penerbit konsert dan pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, melihat semua kritikan itu sebagai satu cabaran yang perlu dilalui setiap selebriti.
"Abaikan mereka yang memberi komen negatif. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang di Malaysia ini. Mufti Menk pun kena kecam, apatah lagi kita. Jadi apa yang diterima Elite, hanya kecil.
"Saya beritahu mereka, tidak semua orang sukakan kita. Kalau orang cakap suka depan kita pun, belum tentu ikhlas. Bagi saya, anggota Elite kena pandai kawal emosi berdepan komen negatif. Mereka sudah lama dalam industri muzik, saya percaya anggota Elite bijak untuk uruskan (soal kritikan netizen)," katanya kepada BH Online.
Iman juga menegaskan bahawa Linda kini dalam keadaan baik, malah membuktikan dirinya masih berbisa apabila membuat persembahan bertenaga di Konsert GenKRU di Singapura, 28 Jun lalu.

Konsert Elite Live '25 tetap diteruskan, mungkin akan jadi persembahan yang ramai tak sangka
Kecaman dari orang ramai tidak menghalang Elite untuk menyahut cabaran dan membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan.
Walaupun usia bukan lagi di awal 20-an, pengalaman dan semangat mereka tidak boleh dipandang sebelah mata.
Iman menegaskan lagi bahawa konsert itu akan diteruskan seperti dirancang dan persiapan sudah berjalan lancar. Walaupun ada yang mempertikai kemampuan vokal dan persembahan live mereka, pihak penganjur yakin Elite akan memberikan yang terbaik.
Berikut di bawah adalah maklumat tentang Konsert Elite Live '25:
📅 Elite Live '25
📍 Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
🗓 20 September 2025
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



