Kumaar Family Kini Berhenti Daripada Menjadi YouTuber Sepenuh Masa, Kembali Bekerja

Kumaar Family mengaku perubahan ke YouTube sepenuh masa tidak menjadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kumaar Family & Bold Journey
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

YouTuber Malaysia Logesh Kumaar atau lebih dikenali dengan saluran Kumaar Family akui cubaan karier YouTube sepenuhnya tidak berjaya

Kumaar mengatakan cita-citanya untuk berhenti bekerja dan membuat YouTube sepenuh masa tidaklah seindah yang disangka.

"Adalah menjadi impian saya untuk mencuba YouTube sepenuh masa tetapi secara realitinya, sejujurnya saya gagal." ujar Logesh Kumaar.

Kumaar Family telah mengongsikan pengumuman ini di video terbaru mereka bertajuk 'The Dream is over, We're Moving.'.

Kumaar Family YouTube

Logesh dan isterinya, Rachel Kumaar menjelaskan keperluan kewangan mereka telah meningkat dengan tinggi setelah mereka hanya bergantung kepada pendapatan ciptaan kandungan sahaja.

Lebih menyedihkan jika tidak mencuba langsung

"Saya akan berasa lebih menyesal, jika saya tidak mencuba langsung," katanya lagi.

Logesh juga menjelaskan dari segi kewangan, keupayaan untuk memberi kepada keluarga bertukar menjadi lebih berat, susah dan mencabar sejak mereka meneruskan YouTube sepenuh masa.

Dalam video tersebut mereka menceritakan kewangan atas talian yang sentiasa berubah-ubah.

Ada masanya kewangan mereka sangat banyak tetapi ada masanya mereka menghadapi masalah untuk memastikan semua komitmen diuruskan.

SAYS.com
Image via Kumaar Family YouTube

Kumaar juga mengatakan kebebasan kreatifnya juga telah hilang kerana perubahan pemikirannya daripada membuat kandungan yang menyeronokkan bertukar menjadi proses kandungan yang tidak lagi menyeronokkan dan dikekang.

Kedua-dua mereka akhirnya berjaya mendapatkan kerja baharu untuk meneruskan kehidupan setelah berhempas pulas menyertai beberapa temu duga.

SAYS.com
Image via Kumaar Family

Sejurus selepas pulang dari Malaysia, mereka terpaksa bergesa mengemas rumah untuk berpindah dalam hanya seminggu setengah sahaja.

Logesh akhirnya berjaya mendapatkan kerja, tetapi mereka kini terpaksa berpindah ke Los Angeles dan tidak mengira tempat pindah rumah ke tempat yang jauh bukan perkara mudah.

Keluarga Kumaar, kini tinggal di pangsapuri di Culver City, California dekat dengan tempat kerja baharu mereka.

Saluran YouTube mereka bermula pada Mei 2020 dan selalunya mempunyai video menceritakan kehidupan seharian di Amerika Syarikat dengan budaya Malaysia. Kumaar Family kini mempunyai lebih 792,000 subscribers di YouTube.

SAYS.com
Image via Bold Journey

Semuanya masih belum berakhir, saluran YouTube mereka akan diteruskan seperti biasa dan Kumaar Family juga berterima kasih kepada semua peminat dan penonton mereka kerana memberikan sokongan penuh selama ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: