Kucing Siap Ada ‘Stesen MRT Mini’ Sendiri Yang Dibina Tuannya – “Bukan Biasa-Biasa”

Kucing pun ada stesen sendiri tau.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Xing's World (YouTube)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai pempengaruh media sosial menjadikan haiwan peliharaan mereka sebagai 'content' untuk tontonan ramai

Namun berbeza pula dengan YouTuber dari China, Xing Zhilei, yang bukan sekadar menghasilkan video comel kucingnya semata-mata.

Sebaliknya, Xing berjaya membawa hubungan dengan haiwan peliharaannya ke tahap lebih tinggi apabila menjadikan kucing-kucing itu sebagai inspirasi utama kandungan kreatifnya.

SAYS.com
Image via Xing's World (YouTube)

Buat stesen atas permintaan pengikutnya

Menerusi laporan The Straits Times, selepas berjaya membina pasar raya, teater, spa dan garaj bersaiz 'mini' khas untuk kucingnya, Xing Zhilei sekali lagi mencuri perhatian apabila membina sebuah stesen kereta api bawah tanah lengkap dengan butiran realistik untuk kucing peliharaannya.

Projek ini mengambil masa empat bulan untuk disiapkan, hasil daripada permintaan para pengikutnya di media sosial.

Hasil kreatif tersebut menampilkan sebuah tren bergerak, eskalator berfungsi dan pintu platform yang terbuka serentak dengan pintu tren, persis stesen sebenar. Keseluruhan karya unik itu dipertontonkan dalam video berdurasi dua minit di saluran Xing's World pada 17 Ogos lalu.

Menariknya, walaupun Mr Xing sendiri boleh 'menaiki' tren itu, dia hanya muat jika berbaring. Dalam video tersebut, kelihatan kucing-kucingnya benar-benar menikmati pengalaman itu dengan keluar masuk tren sambil kedengaran pengumuman khas seolah-olah untuk "paw-ssengers" yang menaiki perkhidmatan tersebut.

SAYS.com
Image via Xing's World (YouTube)
SAYS.com
Image via Xing's World (YouTube)Image via

Video itu berjaya meraih lebih 105,000 tontonan hanya dalam tempoh dua hari, dengan ramai penonton kagum melihat betapa miripnya 'Cat Town Subway Station' ciptaan Xing dengan stesen sebenar.

Ramai yang memuji tahap kreativitinya, malah ada yang bergurau bahawa "kucing di China mendapat sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding manusia".

Xing sendiri mengakui dia perlu bergelut dengan cabaran teknikal, termasuk bagaimana untuk menghasilkan eskalator yang benar-benar berfungsi serta menyelaraskan pintu tren dan pintu platform agar terbuka serentak.

Bahagian komen video itu turut dibanjiri pujian. Tidak hairanlah jika ramai menganggap kucing-kucing Xing ibarat 'menang loteri' kerana mendapat layanan eksklusif sebegitu rupa.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik