Kucing Hilang 5 Bulan Buat Keajaiban, Berjalan 250KM Untuk Kembali Ke Rumah Pemilik

Pasangan tersebut dipercayai meninggalkan tingkap kenderaan mereka sedikit terbuka semasa pergi membeli kopi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasang suami isteri dari Olonzac di wilayah Herault, Perancis, melalui detik yang tidak disangka apabila kucing kesayangan mereka yang hilang di Sepanyol berjaya menemui jalan pulang selepas lima bulan

Menurut laporan Oddity Central, segalanya bermula pada awal Ogos 2025 apabila Patrick dan Evelyne Sire dalam perjalanan pulang dari Sepanyol dan berhenti seketika di sebuah kawasan rehat di Catalonia untuk mengisi minyak.

Pasangan tersebut dipercayai meninggalkan tingkap kenderaan mereka sedikit terbuka semasa pergi membeli kopi, yang mana ruang itu kemungkinan besar menjadi laluan keluar buat kucing mereka yang bernama Filou.

Oleh kerana menyangka Filou sedang tidur nyenyak di dalam kenderaan, mereka meneruskan perjalanan seperti biasa sebelum hanya menyedari kehilangannya beberapa jam kemudian sebaik sahaja tiba di Tasik Jouarres, Perancis.

Setelah pencarian di sepanjang laluan tidak membuahkan hasil, Patrick dan Evelyne nekad berpatah balik ke kawasan rehat di Catalonia pada hari berikutnya demi menjejaki kucing hitam putih kesayangan mereka itu.

SAYS.com
Image via Journal L'Indépendant (YouTube)

Ditemui dalam keadaan kurus, kesejukan dan keletihan

Selain menghubungi persatuan kebajikan haiwan di Macanet, pasangan tersebut turut membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa Sepanyol, Guardia Civil.

Harapan mereka sempat menyala kembali pada 19 Ogos apabila kelibat kucing hitam putih dilaporkan muncul di kawasan rehat tersebut, namun haiwan itu melarikan diri sebelum sempat diselamatkan.

Lama-kelamaan, Patrick dan Evelyne mula reda dan menyangka Filou telah hilang selama-lamanya ekoran ketiadaan sebarang petunjuk baharu.

SAYS.com
Image via Image via Journal L'Indépendant (YouTube)

Namun, satu keajaiban berlaku pada 9 Januari lalu apabila mereka menerima panggilan daripada seorang wanita bernama Helene dari Homps, sebuah perkampungan berhampiran kediaman mereka.

Helene sebenarnya telah menemui Filou sebulan sebelumnya dalam keadaan yang sangat menyedihkan kurus, kesejukan, dan keletihan, lalu segera membawanya ke klinik veterinar.

Melalui imbasan cip mikro pada kucing tersebut, identiti pemiliknya berjaya dikenal pasti dan Helene segera menghubungi pasangan Sire.

Patrick yang bergegas ke sana tergamam mendapati Filou sebenarnya telah berjaya merentasi sempadan negara sejauh 250 kilometer demi pulang ke pangkuan mereka.

SAYS.com
Image via Journal L'Indépendant (YouTube)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik