Kuala Pilah Antara Termasuk 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Kini Dikenal Pasti Di Malaysia
Difahamkan, kawasan berisiko itu melibatkan lapan buah negeri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia bukanlah negara yang sering dikaitkan dengan bencana gempa bumi, namun kerajaan kini mengesahkan bahawa terdapat 14 kawasan 'hotspot' di seluruh negara yang berisiko mengalami gegaran
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang berkata kawasan-kawasan tersebut dikenal pasti berdasarkan rekod kejadian serta analisis seismik yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Antara kawasan berisiko itu ialah:
– Johor: Mersing, Segamat, Batu Pahat
– Sabah: Ranau, Lahad Datu
– Sarawak: Niah
– Pahang: Bukit Tinggi, Janda Baik
– Selangor: Batang Kali, Ulu Yam
– Negeri Sembilan: Kuala Pilah
– Terengganu: Kenyir
– Perak: Manjung, Temenggor
Beliau juga menjelaskan, penentuan kawasan berisiko itu penting untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju mengambil kira aspek keselamatan struktur serta reka bentuk bangunan yang tahan gempa sebelum sesuatu pembangunan diluluskan

"Mereka perlu tengok 'hotspot' ini dan kita akan suruh permohonan pembangunan mengikut standard yang ada. Tapi kalau kawasan yang tidak ada dalam senarai jajaran gempa bumi ini tak payahlah kita pakai.
"Cuma kita nak kumpul data-data ini, supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negara kita ini apabila dia nak meluluskan pembangunan dan sebagainya, kena merujuk kepada data geospatial," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia kini mempunyai rujukan teknikal tersendiri melalui Malaysia National Annex to Eurocode 8: Part 1 – General Rules, Seismic Actions and Rules for Buildings, yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Dokumen tersebut menjadi panduan utama dalam memastikan reka bentuk struktur bangunan di kawasan berisiko mengambil kira tahap gegaran serta langkah mitigasi kejuruteraan yang sesuai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 