Kuala Lumpur Tersenarai Antara 10 Destinasi Terbaik Asia Sambut Tahun Baharu Lunar

Johor Bahru dan Pulau Pinang turut menjadi antara destinasi utama pelancongan di Malaysia yang menarik minat pengembara antarabangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Motorist & the Halal XPlorer
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kuala Lumpur tersenarai sebagai destinasi ketujuh paling popular di Asia untuk sambutan Tahun Baharu Lunar berdasarkan carian pengunjung antarabangsa, menurut platform pelancongan digital Agoda

Selain itu, ibu negara turut muncul sebagai destinasi domestik paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sempena musim perayaan tersebut. Bangkok, Thailand pula menduduki tempat teratas sebagai destinasi luar negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti sempena Tahun Baharu Lunar.

Agoda turut melaporkan bahawa Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang menjadi antara destinasi utama pelancongan di Malaysia yang menarik minat pengembara antarabangsa. Trend ini mencerminkan peningkatan minat terhadap warisan budaya serta pengalaman bandar yang ditawarkan negara ini.

SAYS.com
Image via Motorist

Kuala Lumpur dikenali dengan latar langit ikonik dan kepelbagaian gastronominya

Manakala Johor Bahru menampilkan tarikan budaya tersendiri. Pulau Pinang pula terus menjadi tumpuan dengan seni bina bersejarah dan makanan jalanan yang terkenal.

Bagi pengembara domestik, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka mendahului senarai destinasi pilihan. Melaka khususnya menarik minat pelancong yang ingin meneroka sejarah dan warisan kolonial negara.

SAYS.com
Image via the Halal XPlorer

Sementara itu, bagi percutian ke luar negara, Bangkok, Hat Yai dan Tokyo menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Bangkok menawarkan pengalaman bandar yang dinamik, Hat Yai pula terkenal dengan pasar dan masakan tempatan, manakala Tokyo menarik pelancong dengan gabungan tradisi dan teknologi moden.

Menurut Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Fabian Teja, Tahun Kuda melambangkan tenaga dan semangat pengembaraan, selari dengan minat pengembara yang semakin cenderung meneroka destinasi yang meriah dan kaya dengan budaya.

Dalam senarai destinasi Asia paling popular sempena Tahun Baharu Lunar, Tokyo mendahului, diikuti Bangkok, Taipei, Osaka dan Seoul. Kuala Lumpur turut berada dalam kelompok 10 teratas bersama Fukuoka, Sapporo, Singapura dan Hong Kong.

Bagi mereka yang merancang percutian, Agoda menawarkan pelbagai pilihan termasuk jutaan penginapan, laluan penerbangan serta aktiviti. Jualan Mega Agoda yang berlangsung dari 14 hingga 28 Februari menawarkan diskaun sehingga 60%, dengan jualan kilat khas sehingga 70% pada 17 Februari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: