Kuala Lumpur Diiktiraf Sebagai ‘City Of Design’ Daripada UNESCO, Bukti KL Kini Semakin Maju & Kreatif!

Kuala Lumpur memang ikonik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wikimedia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kuala Lumpur kini secara rasmi tersenarai sebagai 'City of Design' di bawah UNESCO Creative Cities Network (UCCN)

Ia adalah satu pengiktirafan besar yang meletakkan ibu negara Malaysia sebaris dengan bandar-bandar kreatif dunia seperti Seoul, Bandung dan Singapura!

Menurut laporan Harian Metro, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar gelaran glamor, tetapi bukti usaha jitu bandar raya ini dalam mengangkat reka bentuk, kreativiti dan inovasi sebagai nadi pembangunan lestari.

Pengiktirafan tersebut juga selari dengan matlamat Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) dan aspirasi Warisan KL, yang menekankan pembangunan bandar lebih inklusif, berdaya tahan dan kaya dengan budaya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Melalui status 'City of Design' ini, Kuala Lumpur akan:

  • Menarik pelaburan dan bakat global dalam sektor reka bentuk & ekonomi kreatif.
  • Mengukuhkan imej sebagai hab kreatif serantau.
  • Menyemai budaya reka bentuk dalam dasar awam, infrastruktur dan pembangunan komuniti.
  • Meningkatkan kualiti ruang awam supaya warga kota dapat hidup lebih selesa & lestari.


"Reka bentuk akan dijadikan pemangkin utama dalam pelbagai sektor termasuk perancangan, pembangunan, kebudayaan dan komuniti," jelas DBKL dalam satu kenyataan rasmi.

SAYS.com
Image via VOCKETImage via

Usaha bersama pelbagai pihak

Pencapaian itu bukan kerja sehari, ia hasil kerjasama erat antara DBKL, kerajaan, komuniti kreatif, institusi akademik dan industri reka bentuk tempatan yang selama ini membangunkan ekosistem reka bentuk dinamik di ibu negara.

Dengan status baharu ini, KL kini menjadi sebahagian daripada rangkaian bandar UNESCO lain di Malaysia seperti George Town & Melaka (Tapak Warisan Dunia), Ipoh & Kuching (Bandar Kreatif), Langkawi (Geopark Global) dan Banjaran Crocker (Rizab Biosfera).

"Rangkaian ini mencerminkan komitmen negara dalam memelihara warisan, memacu inovasi dan memperjuangkan kelestarian.

"Secara keseluruhannya, pengiktirafan ini menandakan langkah besar Kuala Lumpur ke arah menjadi bandar kreatif bertaraf dunia yang hidup, disayangi dan digerakkan oleh reka bentuk,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: