KTMB Umum Laluan ETS Tambahan Untuk Tampung Penumpang Sempena Cuti Perayaan Deepavali
Tiket akan mula dijual mulai hari ini (7 Oktober).
Cover image via KTM BerhadFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menambah perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi laluan KL Sentral–Padang Besar sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi
Menurut laporan Malay Mail, perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi dari 17 hingga 22 Oktober bagi menampung peningkatan jumlah penumpang sepanjang musim perayaan serta mengurangkan kesesakan jalan raya bagi mereka yang pulang ke kampung halaman.
Setiap perjalanan tambahan menawarkan 630 tempat duduk setiap hari, menjadikan jumlah keseluruhan 3,780 tempat duduk disediakan sepanjang tempoh enam hari tersebut termasuk tempat duduk bagi kelas perniagaan.

Bagi satu laluan tambahan, tren akan berlepas dari KL Sentral pada jam 5 petang dan dijangka tiba di Padang Besar sekitar jam 10.20 malam
Manakala bagi perjalanan pulang, tren akan bertolak dari Padang Besar pada jam 11.05 pagi dan tiba semula di KL Sentral sekitar jam 4.30 petang.
Tiket mula dijual jam 10 hari ini, 7 Oktober dan boleh didapati melalui aplikasi mudah alih KTM (KITS) atau laman web rasmi KTMB bagi memudahkan urusan pembelian tanpa tunai.
KTMB turut menasihatkan para penumpang supaya membeli tiket lebih awal dan hadir ke stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu berlepas bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



