KTMB Umum 30% Potongan Harga ETS & ERT Mulai 15 April, Termasuk Dua Pas Bulanan Terbaru

Penawaran diskaun itu akan bermula 15 April hingga 30 April 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Madani & Wikipedia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 30% untuk pembelian tiket tren

Pemotongan harga ini akan bermula esok 14 April hingga 30 April 2026 di semua sektor di bawah kendalian KTMB.

Menurut laporan di Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengatakan perkhidmatan tren elektrik (ETS), diskaun tiket untuk perjalanan antara 15 April hingga 14 Oktober turut terpakai untuk pengguna tren Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Inisiatif ini ditawarkan sebagai usaha memperkasakan penggunaan pengangkutan awam

Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api merupakan inisiatif yang ditawarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

"Ia bagi memperkasakan penggunaan pengangkutan awam melalui perkhidmatan kereta api yang lebih selesa, selamat dan efisien kepada rakyat," tambah beliau lagi.

Dua pas bulanan express rail link (ERL) turut diperkenalkan iaitu MyPutrajaya Monthly Travel Card dan MyKLIA Monthly Travel Card yang menawarkan perjalanan tanpa had dengan diskaun sehingga 90% berbanding kadar biasa.

SAYS.com
Image via Free Malaysia Today

Kedua-dua pas baru ini disasarkan kepada penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya serta rakyat yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2. Manakala Pas My50 akan diteruskan seperti biasa.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Anthony Loke di sidang media Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: