Kru Malaysia Airlines Dipuji Bantu Penumpang Berpuasa, Maklum Waktu Tepat Berbuka

Dia berkongsi pengalaman tersebut ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Taipei ke Kuala Lumpur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Pyok (Gambar sekadar hiasan) & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengembara pada waktu berpuasa sememangnya memerlukan perhatian yang lebih, terutama apabila melibatkan perbezaan waktu antara lokasi

Bagi mereka yang menaiki penerbangan jarak jauh atau merentasi zon waktu, menentukan waktu tepat untuk berbuka puasa boleh menjadi sedikit mencabar.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalaman manis ketika menaiki pesawat Malaysia Airlines apabila kru kabin syarikat penerbangan itu dilihat sangat peka terhadap penumpang yang berpuasa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tnh Global

Beritahu tepat masuk waktu azan

Dalam satu hantaran di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Mashri @mmmm_883366 berkongsi pengalaman tersebut ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Taipei ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada 7 Mac lalu, dia menaiki penerbangan MH367 dari Taipei menuju ke Kuala Lumpur. Ketika berada di dalam pesawat, salah seorang kru kabin bertanya sama ada dia sedang berpuasa atau tidak.

Selepas dia mengesahkan bahawa dirinya berpuasa, kru kabin tersebut memaklumkan bahawa makanan yang disediakan akan disimpan terlebih dahulu kerana waktu berbuka puasanya dijangka berlaku ketika pesawat masih berada di udara.

Malah, kru kabin itu juga dilaporkan mengambil langkah tambahan dengan menyemak bersama kapten penerbangan bagi memastikan waktu tepat untuk berbuka puasa sepanjang perjalanan tersebut.

Menurut perkongsiannya lagi, pada jam 7.05 malam, kru kabin berkenaan kembali membawa hidangan makanannya dan memaklumkan bahawa waktu berbuka puasa di atas awan adalah pada 7.20 malam.

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil, Mashri menyifatkan layanan tersebut sebagai satu tindakan yang sangat bermakna buat dirinya.

"Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada seluruh kru kabin MH367. Kebaikan, senyuman mesra dan layanan penuh perhatian benar-benar menjadikan perjalanan ini sangat istimewa," tulisnya.

SAYS.com
Image via @mmmm_883366 (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik