Kronologi Sebenar Di Sebalik Kes Kematian Zara Qairina, Orang Ramai Tuntut Penjelasan KPM

Semoga ada keadilan buat arwah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tragedi menyayat hati membabitkan seorang pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir telah menggemparkan seluruh negara selepas dia dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah agama di Papar, Sabah

Insiden malang itu bukan sahaja mencetuskan gelombang kesedihan, tetapi juga menimbulkan banyak persoalan yang masih belum terjawab sehingga mencetuskan gerakan solidariti dengan tanda pagar #JusticeForZara yang kini membanjiri media sosial.

Berikut adalah kronologi ringkas kes tragis Zara Qairina setakat ini, mengikut laporan Sinar Harian:

SAYS.com
Image via Kosmo!

16 Julai 2025 (Rabu)

Jam 3 pagi:

  • Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama perempuan (tingkat tiga).
  • Kejadian berlaku ketika kebanyakan pelajar lain masih berjaga.
  • Tiada jeritan, tiada saksi, dan tiada kamera CCTV disahkan di lokasi.

Jam 8.16 pagi:

  • Polis menerima laporan berkaitan penemuan pelajar tersebut.
  • Laporan menyatakan mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
  • Kecederaan dalaman dilaporkan sangat serius.
  • Waris dimaklumkan Zara koma, dengan kaki dan tangan patah.

17 Julai 2025 (Khamis)

  • Waris membuat keputusan menghentikan bantuan hayat selepas doktor sahkan tiada lagi fungsi otak.
  • Laporan polis rasmi dibuat oleh waris kedua yang tiba dari Kuala Lumpur.
  • Jenazah Zara disolatkan dan dikebumikan di kampung halaman di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

18 Julai 2025 (Jumaat)

  • Pemergian Zara mulai tular di media sosial yang turut mendakwa ada kaitan buli.
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di FB menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden buli yang didakwa berlaku.
  • Menteri KPM, Fadhlina Sidek dalam hantaran di FB memaklumkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.
  • Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan kejadian.
  • Polis keluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.
  • Satu hantaran di media sosial TikTok dipercayai ditulis oleh ibu Zara Qairina meluahkan kekecewaan mengenai apa yang menimpa anaknya.

19 Julai 2025 (Sabtu)

  • Noraidah Lamat, 43, (ibu) menyatakan kehilangan Zara Qairina meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

20 Julai 2025 (Ahad)

  • Waris hadir ke IPD Papar untuk membuat laporan tambahan mengenai tindakan pengetua menghalang laporan awal.
  • Waris juga menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah menuntut penjelasan kejadian.

21 Julai 2025 (Isnin)

  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menziarah Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.
  • Noraidah dalam pada itu mahu tiada sebarang perkara disembunyikan dalam siasatan berhubung insiden yang menimpa Zara Qairina.

24 Julai 2025 (Khamis)

  • Gelombang solidariti terhadap Zara Qairina menggunakan tanda pagar #JusticeForZara.
  • Solidariti itu susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina dan hantaran melalui FB telah dikongsikan oleh pengguna media sosial.

25 Julai 2025 (Jumaat)

  • KPM beri jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina.

26 Julai 2025 (Sabtu)

  • KPM sekali lagi beri jaminan bahawa siasatan berhubung kematian Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil.
SAYS.com
Image via Marhamah Rosli (Facebook)
SAYS.com
Image via Marhamah Rosli (Facebook)
SAYS.com
Image via Marhamah Rosli (Facebook)
SAYS.com
Image via Marhamah Rosli (Facebook)
SAYS.com
Image via Marhamah Rosli (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: