Krisis Asia Barat: WFH & Minggu Kerja Lebih Pendek Antara Langkah Negara-Negara Di Asia
Difahamkan, banyak negara Asia memberi arahan bekerja dari rumah atau mengurangkan hari bekerja.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa negara Asia baru-baru ini mengumumkan strategi bagi menangani krisis bahan api
Menurut laporan dari Bernama, pendekatan ini banyak diambil negara yang bergantung dengan minyak mentah dari Asia Barat.
Beberapa negara Asia telah melaksanakan kerja dari rumah atau mengurangkan minggu bekerja lebih pendek kepada empat hari sahaja.
Semua ini dilakukan untuk mengurangkan kesan konflik di Asia Barat ke atas negara mereka bagi mengurangkan kos sebanyak mungkin.
Negara-negara Asia menggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian di negara mereka
Pada 6 Mac, Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan pelaksanaan minggu kerja empat hari di beberapa pejabat di bawah cabang eksekutif.
Pada 9 Mac, Bangladesh mengumumkan merkea akan menutup semua universiti dan mempercepatkan cuti Aidilfitri sebagai sebahagian daripada langkah kecemasan untuk menjimatkan elektrik dan bahan api. Namun bekerja dari rumah tidak lagi dikuat kuasa oleh kerajaan Bangladesh.

Di Pakistan pada 9 Mac mengumumkan langkah penjimatan dengan mengurangkan kenderaan bagi jabatan kerajaan, 50% kakitangan sektor awam dan swasta akan bekerja di rumah kecuali perkhidmatan penting dan pejabat kerajaan akan beroperasi empat hari seminggu.
Pada 10 Mac, Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri sementara Thailand Anutin Charnvirakul mengarahkan agensi kerajaan dan perusahaan milik negara supaya melaksanakan kerja dari rumah, berkongsi kenderaan, menggunakan kenderaan elektrik dan pelbagai lagi.
Vietnam juga mengambil cara yang sama dimana mereka menggalakkan kerja jarak jauh jika boleh bagi mengurangkan keperluan perjalaan dan penggunaan pengangkutan.
Krisis ini juga memberi kesan kepada Malaysia
Kementerian Kewangan (MOF) juga memaklumkan kenaikan harga runcit bahan api baharu yang akan berkuat kuasa 12 hingga 18 Mac ini untuk petrol RON97, RON95 dan diesel (Semenanjung Malaysia) akan meningkat.

Kerajaan juga mengatakan rakyat Malaysia masih boleh membeli minyak di bawah inisiatif BUDI MADANI.
Setakat ini masih belum ada apa-apa insiatif atau arahan dari kerajaan Malaysia untuk bekerja dari rumah atau pengurangan hari bekerja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



