KPM Umum Sesi Persekolahan Akan Berjalan Seperti Biasa, Tiada PdPR Bakal Dilaksanakan

Difahamkan, KPM mahu memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa tanpa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Pengumuman ini dibuat apabila ramai menyangka kemungkinan PdPR akan berlaku akibat situasi global yang sedang berlaku ketika ini.

Ini juga bermakna berkemungkinan besar guru-guru tidak akan termasuk dalam senarai pekerja yang dibolehkan kerja dari rumah jika kerajaan melaksanakan kerja dari rumah.

SAYS.com
Image via Utusan

Berjalan seperti biasa, tiada sebarang ketetapan PdPR

"KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR," kata KPM.

Tambahan lagi KPM tidak akan melaksanakan PdPR untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas.

"Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara," tambahnya lagi.

Beberapa orang di ruangan komen mengatakan mereka tidak mahu PdPR kerana akan mengganggu pembelajaran anak-anak.

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: