KPM Umum Kalendar Akademik & Sesi Persekolahan 2026 Bermula Kembali Ke Bulan Januari
Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh pembukaan sekolah berbeza mengikut kumpulan negeri.
Cover image via Faris Zainuldin/Sekolah2UFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sesi persekolahan bagi tahun akademik 2026 akan bermula pada bulan Januari tahun depan
Bagi negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2026.
Manakala bagi negeri Kumpulan B yang melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, sesi persekolahan akan bermula sehari selepas itu, pada 12 Januari 2026.
Kalendar akademik akan berlangsung sehingga 31 Disember 2026 bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MajoritiKementerian turut menetapkan cuti penggal dan cuti perayaan utama
Bagi memastikan perancangan akademik berjalan lancar sepanjang tahun hadapan, kementerian turut menetapkan cuti penggal dan cuti perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas untuk tahun 2026.
"Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh kementerian sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidiladha dan Hari Deepavali.
"Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti," menurut kementerian menerusi surat siaran Bilangan 3 tahun 2025.

Menurut kenyataan itu lagi, KPM juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari bagi kumpulan A dan Kumpulan B.
"Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan kelarasan pembukaan sesi persekolahan 2027 di seluruh negara.
"Sekali gus memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif," katanya.



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



