KPM Umum Cuti Tambahan Aidilfitri 2026, Pelajar Berpeluang Nikmati Rehat Sehingga 9 Hari

Yeay, bolehlah bercuti lama!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Majoriti
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita gembira buat warga sekolah di seluruh negara apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026

Menurut laporan Sinar Bestari, cuti tambahan ini diberikan bagi membolehkan guru serta pelajar membuat persiapan menyambut perayaan bersama keluarga dengan lebih selesa.

Berdasarkan pengumuman tersebut, sekolah yang berada dalam Kumpulan A iaitu negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan menikmati cuti tambahan selama satu hari. Cuti tersebut bermula pada 19 Mac (Khamis) sebelum sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad).

Sementara itu, sekolah dalam Kumpulan B yang melibatkan Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur pula akan menikmati dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Cuti bergabung dengan cuti penggal

Apa yang lebih menarik, cuti sempena Aidilfitri ini turut bertindan dengan Cuti Penggal 1, sekali gus memberikan tempoh rehat yang lebih panjang kepada para pelajar.

  • Kumpulan A: Cuti penggal bermula 20 Mac hingga 28 Mac (9 hari)
  • Kumpulan B: Cuti penggal bermula 21 Mac hingga 29 Mac

Situasi ini pastinya memberi peluang kepada keluarga untuk merancang perjalanan pulang ke kampung atau meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang.

Setiap tahun, KPM memang menyediakan cuti tambahan sempena beberapa perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Langkah ini dilihat sebagai usaha memberi ruang kepada masyarakat berbilang kaum meraikan perayaan masing-masing dengan lebih bermakna.

Bagi warga sekolah, cuti kali ini tentu dinantikan kerana bukan sahaja dapat membuat persiapan raya lebih awal, malah berpeluang menikmati tempoh rehat yang agak panjang sebelum sesi persekolahan bersambung semula.

SAYS.com
SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)
SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)
SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: