KPM Umum 4 Pelajar Suspek Kes Rogol Di Melaka Kini Dibuang Sekolah Serta-Merta

Keputusan itu dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang hari ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua empat pelajar yang menjadi suspek kes rogol bergilir-gilir seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka sudah dibuang sekolah serta-merta

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan itu dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkaitan perkembangan kes salah laku seksual itu yang didakwa berlaku kira-kira jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu.

SAYS.com

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad

Image via Mohd Fadli Hamzah/Berita Harian

Kejadian berlaku ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga sekolah berkenaan untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Mangsa dikatakan diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

Kejadian itu terbongkar petang Jumaat lalu, selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video berkenaan daripada guru sekolah dan segera membuat laporan polis.

Kerajaan beri jaminan suspek dalam kes rogol itu akan dikenakan hukuman sewajarnya mengikut peruntukan perundangan sedia ada di bawah Kanun Keseksaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata faktor usia di bawah 18 tahun bukan merit untuk suspek terlepas daripada sebarang tindakan.

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

Image via Utusan Malaysia

Beliau berkata, ini kerana tindakan merogol adalah perbuatan jenayah dengan pertuduhan ke atas suspek boleh dibuat di mahkamah berasingan, bergantung kepada kelompok usia pelaku ketika kejadian berlaku.

Kelmarin, empat pelajar Tingkatan Lima direman enam hari sehingga Khamis ini, bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana ke atas semua suspek lelaki berusia 17 tahun yang juga calon SPM itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: