KPM Tetapkan Subjek Sejarah Hanya Ditawarkan Kepada Murid Tahun Lima & Enam

Di sekolah menengah, subjek Sejarah bermula daripada Tingkatan Satu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini memberikan penjelasan bagi memperincikan kekeliruan berhubung pelaksanaan mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Persekolahan 2027

Menerusi satu kenyataan rasmi, KPM menegaskan bahawa bagi peringkat sekolah rendah, subjek tersebut sebenarnya hanya akan mula diajarkan kepada murid yang berada di Tahun Lima dan Tahun Enam sahaja.

Penjelasan ini hadir susulan laporan media yang membangkitkan persoalan mengenai kedudukan mata pelajaran itu dalam struktur kurikulum baharu kelak.

Perkara tersebut turut diperjelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat lapor Bernama.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Perubahan dijadualkan bermula tahun hadapan

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab laporan media berkaitan kedudukan subjek Sejarah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa walaupun kurikulum baharu bermula tahun hadapan untuk murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah tetap dikhaskan untuk murid Tahun Lima dan Enam sahaja.

"Bermula Tahun 2027, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah hanya akan ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula Tingkatan 1,"
tulis kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: