KPM Perkenal Subjek Baharu ‘Alam Dan Manusia’ Bermula 2027, Gantikan 4 Mata Pelajaran
Difahamkan, subjek itu menggantikan empat mata pelajaran sedia ada, iaitu Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengenalan mata pelajaran baharu, 'Alam dan Manusia' dalam Kurikulum Persekolahan 2027 yang dirangka untuk murid Tahap 1
Subjek tersebut menggabungkan enam bidang ilmu utama merangkumi sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital.
Menurut laporan Sinar Harian, pengenalan subjek itu turut membawa perubahan struktur kurikulum apabila ia menggantikan empat mata pelajaran sedia ada, iaitu Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Dilaksanakan melalui kaedah pengajaran berpasukan
KPM memaklumkan bahawa Alam dan Manusia akan diajar melalui pengajaran berpasukan (team teaching), di mana beberapa guru terlibat bersama dalam sesi pembelajaran.
Langkah ini bertujuan memastikan pengajaran yang lebih menyeluruh serta menyokong unsur pelbagai disiplin dalam satu mata pelajaran.
"Pengajaran berpasukan menyokong elemen pelbagai disiplin ilmu… guru saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid," jelas KPM.

Fokus penguasaan asas untuk murid tahap 1
Bagi murid Tahap 1, KPM menegaskan bahawa perhatian utama tetap diberikan kepada penguasaan literasi, numerasi (3M) dan pembentukan karakter.
Sehubungan itu, jumlah mata pelajaran dikurangkan bagi memastikan murid dapat menumpukan kepada pembangunan kemahiran asas tanpa beban subjek yang terlalu banyak.
Subjek Alam dan Manusia bukanlah sesuatu yang baharu sepenuhnya. Ia pernah diperkenalkan pada tahun 1982 di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), sebelum digantikan pada tahun 1994 dengan gabungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan.
KPM kini mengembalikan semula konsep tersebut dengan penambahbaikan selari dengan keperluan pendidikan masa kini serta perkembangan teknologi semasa.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 