KPM Perkenal Pelan Pendidikan Baharu, Cadang Syarat Lulus Minimum Gred C Bagi Subjek BM & English

Langkah ini merupakan usaha serius kementerian untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang intelek, malah cergas secara fizikal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro (Gambar sekadar hiasan) & Gambar Janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 bakal memperkenalkan sasaran prestasi utama (KPI) yang lebih tegas bagi meningkatkan standard akademik negara

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, menegaskan bahawa murid di peringkat sekolah rendah dan menengah kini diwajibkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah.

"Ini merupakan sasaran mandatori. Sekiranya ia tidak dicapai, kita perlu mempersoalkan mengapa (ia berlaku)," kata beliau.

Menurut The Star, selain tumpuan kepada akademik, Kementerian Pendidikan turut menetapkan sasaran agar 90% murid daripada tahap dua sekolah rendah hingga Tingkatan Lima melepasi piawaian standard dalam penilaian kecergasan fizikal dan kesihatan.

Strategi komprehensif ini dirangka berasaskan tujuh teras utama yang merangkumi petunjuk prestasi yang jelas serta inisiatif "quick wins" bagi membuahkan hasil awal yang positif.

Langkah ini dilihat sebagai usaha serius kementerian untuk memastikan sistem pendidikan negara bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang intelek, malah cergas dari segi fizikal.

SAYS.com
Image via Bernama

Bagi memastikan sistem pendidikan lebih inklusif, dinamik, dan relevan

Menerusi laporan Sin Chew Daily, Mohd Azam Ahmad menjelaskan bahawa keutamaan di bawah tujuh teras utama tersebut adalah untuk memastikan sistem pendidikan lebih inklusif, dinamik, dan relevan dalam memaksimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Selain itu, pelan ini turut memfokuskan kepada pengukuhan infrastruktur serta sistem sokongan merentasi agensi. Usaha ini merangkumi peningkatan kualiti guru dan kecekapan sistem secara keseluruhan melalui kerjasama strategik antara pelbagai pihak berkuasa.

Beliau menekankan bahawa segala sasaran yang ditetapkan tidak seharusnya diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, malah perlu dicerminkan menerusi kualiti pengajaran dalam kelas, aktiviti sekolah, serta interaksi harian antara guru dan murid.

SAYS.com

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad.

Image via Berita Harian

Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, Mohd Azam memaklumkan bahawa kementerian telah menubuhkan unit khas untuk memantau kemajuan, menyelaras strategi, serta memastikan setiap pembaharuan benar-benar sampai ke peringkat sekolah dan bilik darjah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 ini pada hari Selasa.

"Dalam erti kata lain, individu yang kita bentuk mestilah mencapai pembangunan yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran, kognitif, kesejahteraan psikologi, dan kematangan emosi. Perkara ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan jangka panjang dan berterusan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: