KPKM Perkenal Telur Gred Khas Dengan Harga Berpatutan & Khas Buat Rakyat Malaysia

Kerajaan komited mendengar suara rakyat dan melaksana dasar demi kesejahteraan semua.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperkenalkan telur ayam gred khas pada harga yang lebih berpatutan bagi memastikan rakyat terus mendapat akses kepada sumber protein utama tersebut

Dalam satu kenyataan media, KPKM memaklumkan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menjamin keterjaminan bekalan makanan serta menstabilkan harga pasaran telur ayam, yang merupakan antara bahan mentah penting dalam kehidupan harian rakyat.

Inisiatif ini dijangka memberi kelegaan kepada pengguna, terutamanya dalam situasi ekonomi semasa yang mencabar.

"Sebagai inisiatif segera untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kestabilan harga telur ayam, pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas yang akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

"Rakyat juga boleh mendapatkan telur ayam dengan harga kompetitif melalui program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah yang dilaksanakan secara meluas di seluruh negara, termasuk di premis jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Subsidi akan disusun semula agar lebih menyeluruh dan berfokus

Dalam pada itu, kerajaan membuat keputusan berkenaan setelah mengambil kira keyakinan terhadap keupayaan pihak industri dalam memastikan pengeluaran telur ayam yang stabil dan mencukupi.

Bagi tempoh Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion bagi menampung subsidi telur ayam terutama ketika krisis pandemik dan gangguan rantaian bekalan global.

Walau bagaimanapun, ekoran pasaran yang semakin stabil, subsidi telur akan disusun semula agar lebih menyeluruh dan berfokus.

"Langkah penstrukturan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan subsidi, di mana penjimatan yang dijana akan disalurkan semula kepada program-program kesejahteraan rakyat yang selari dengan nilai-nilai teras Malaysia MADANI.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan melalui pemantauan rapi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang bentuk pencatutan atau manipulasi harga oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Wikipedia

Langkah ini penting bagi memastikan harga telur yang dijual kepada pengguna kekal berpatutan dan tidak membebankan.

Menurut KPKM, pendekatan ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI yang sentiasa mendengar suara rakyat dan mengutamakan kebajikan semua lapisan masyarakat melalui pelaksanaan dasar-dasar yang inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

SAYS.com
Image via Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: