Kos Sara Hidup Tertinggi Tertumpu Di KL, Selangor, Pulau Pinang & Putrajaya – DOSM
Kuala Lumpur sebagai nilai rujukan pada 100 mata indeks, sekali gus memperlihatkan jurang ketara kos sara hidup antara negeri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kos sara hidup di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan sebagai yang paling tinggi di Malaysia berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Perangkawan iaitu Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada tahun 2024 meletakkan Kuala Lumpur sebagai nilai rujukan pada 100 mata indeks, sekali gus memperlihatkan jurang ketara kos sara hidup antara negeri.
Bagi isi rumah seorang, Selangor mencatatkan indeks tertinggi iaitu 92 mata indeks, diikuti Pulau Pinang (84.2) dan Putrajaya (83.1). Sebaliknya, Kelantan dan Sarawak mencatatkan nilai terendah masing-masing pada 53.7 mata indeks, manakala Kedah berada pada 56.6 mata.
Trend hampir sama turut dilihat bagi isi rumah dua orang, dengan Selangor kekal tertinggi pada 91.4 mata indeks, diikuti Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing pada 84.6. Nilai terendah pula dicatatkan di Kelantan (58), Kedah (58.7) dan Perlis (58.8).

"Corak serupa dilihat bagi isi rumah dua orang, dengan Selangor pada 91.4 mata indeks, Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing 84.6 mata indeks, dan indeks terendah di Kelantan (58), Kedah (58.7) dan Perlis (58.8).
"Bagi isi rumah tiga orang, indeks secara umum lebih tinggi, dengan Selangor kekal mendahului pada 92.4 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.8) dan Pulau Pinang (83.7), manakala terendah di Sabah (59.6), Perlis (60.6) dan Kedah (60.8).
"Untuk isi rumah empat orang, Selangor sekali lagi mencatat indeks tertinggi pada 91.3 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.7) dan Melaka (83), manakala indeks terendah kekal di Sabah (59.4), Kedah (60.5) dan Perlis (60.9).
"Negeri dengan indeks tinggi seperti Selangor menunjukkan kos hidup lebih tinggi, manakala negeri dengan indeks rendah seperti Kelantan, Kedah, dan Perlis mencerminkan kos hidup yang lebih rendah tetapi masih wajar," katanya.
DOSM turut menerbitkan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024, yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai perbelanjaan minimum yang diperlukan oleh isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar serta penyertaan bermakna dalam masyarakat
Indeks PAKW merupakan indikator baharu yang digunakan bagi mengukur tahap perbelanjaan diperlukan untuk mengekalkan kehidupan wajar di pelbagai lokasi.
Kuala Lumpur ditetapkan sebagai nilai rujukan (100), manakala negeri, daerah pentadbiran dan ibu negeri lain diukur secara relatif berdasarkan rujukan tersebut.
Nilai indeks yang lebih rendah menunjukkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah berbanding Kuala Lumpur, manakala nilai yang lebih tinggi mencerminkan kos sara hidup yang lebih besar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianMengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, berdasarkan analisis Indeks PAKW, kos kehidupan wajar bagi isi rumah seorang di Kelantan adalah 46.3 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.
"Seterusnya, bagi saiz isi rumah empat orang, kadar perbelanjaan wajar di Perlis adalah lebih rendah berbanding Kuala Lumpur iaitu pada kadar 39.1 peratus.
"Ini bermaksud jika isi rumah empat orang yang tinggal di Kuala Lumpur berbelanja nilai PAKW sebanyak RM1,000, hanya perlu berbelanja nilai PAKW sebanyak RM609 jika tinggal di Perlis," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pada peringkat daerah pentadbiran, hanya daerah Petaling di Selangor mencatatkan nilai Indeks PAKW melebihi Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah, daripada seorang hingga empat orang

Gambar sekadar hiasan.
Image via theAsianparent MalaysiaImage viaBagi isi rumah seorang, Petaling mencatatkan indeks tertinggi pada 103.3 mata indeks, diikuti Gombak (94.9) dan Johor Bahru (94.7). Nilai terendah pula direkodkan di Pantu (27.8), Lingga (28.3) dan Sebuyau (29.1) di Sarawak.
"Bagi isi rumah dua orang, Petaling kekal tertinggi pada 104.8 mata indeks, diikuti Timur Laut, Pulau Pinang (94.9) dan Gombak (94.6), dengan indeks terendah di Pantu (29.9), Lingga (31) dan Membakut, Sabah (31.2).
"Analisis bagi isi rumah tiga dan empat orang menunjukkan trend yang sama, dengan Petaling terus mendahului, sementara Membakut mencatat indeks terendah. Bagi semua saiz isi rumah, indeks di Pantu kurang daripada sepertiga daripada Petaling, menekankan perbezaan ketara kos hidup antara daerah pentadbiran," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 