Kos Bina Bilik Darjah Kini Lebih Mahal, Cecah Hingga RM500,000 Sebuah – Fadhlina

Difahamkan, anggaran itu hanya melibatkan kos blok bangunan asas seperti bilik darjah, tangga, koridor dan tandas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Nona
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kos pembinaan sebuah bilik darjah di Malaysia dilaporkan meningkat sehingga sekali ganda bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini berbanding tempoh lima tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Menurut laporan Berita Harian, peningkatan itu adalah berdasarkan dokumen As Tendered Detailed Abstract (ATDA) yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tempoh 10 tahun kebelakangan.

ATDA merupakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan tender, termasuk kos dan aktiviti kerja dari peringkat awal sehingga projek siap sepenuhnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan bahawa berdasarkan ATDA yang dikeluarkan JKR, kos pembinaan sebuah bilik darjah bagi tempoh 2016 hingga 2020 dianggarkan antara RM180,000 hingga RM250,000.

Namun, bagi tempoh 2021 hingga 2026, kos tersebut meningkat kepada RM280,000 hingga RM520,000 sebuah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut beliau, anggaran itu hanya melibatkan kos blok bangunan asas seperti bilik darjah, tangga, koridor dan tandas

"Nilai anggaran di atas masih belum mengambil kira kos keseluruhan komponen pembinaan sekolah baharu yang merangkumi kerja-kerja awalan, kerja tanah dan pembangunan infrastruktur lengkap, serta pembayaran fi profesional dan caj pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selain itu, kos lain seperti pembinaan blok pentadbiran, blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), bilik-bilik khas, padang, serta penyediaan perabot, peralatan, dan perkakasan mengikut piawaian pendidikan yang ditetapkan turut perlu diambil kira dalam pengiraan kos keseluruhan,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Image via Nona

Beliau menjelaskan perkara itu melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang meminta perincian metrik kos sebuah bilik darjah mengikut komponen kos, jenis sekolah, lokasi bandar atau luar bandar serta negeri bagi tempoh 2015 hingga 2025.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa kos projek boleh meningkat bergantung kepada beberapa faktor seperti keperluan logistik, kerja tanah, pembangunan infrastruktur luar, urusan utiliti, bayaran kepada PBT serta perolehan perabot dan kelengkapan.

"Justeru, di beberapa kawasan akan berlaku peningkatan kos berpandukan Jadual Kadar Harga 2025 yang disediakan JKR," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menjawab pertanyaan mengenai tempoh pelaksanaan projek pembinaan sekolah, dengan menjelaskan bahawa fasa prabina bermula daripada kelulusan sehingga pengeluaran Surat Setuju Terima (SST). Ia bergantung kepada kaedah pelaksanaan serta keperluan pengurusan nilai berdasarkan Pekeliling Kementerian Ekonomi Bil 1/2024.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita HarianImage via

Bagi fasa pembinaan pula, tempoh siap projek adalah tertakluk kepada ketetapan dalam Piagam Pelanggan JKR yang dikemas kini pada Januari 2025.

"Sebagai contoh, untuk kos projek yang melebihi RM25 juta, tempoh pembinaan projek yang ditetapkan adalah 36 bulan. Bagaimanapun, tempoh ini bersifat dinamik, iaitu boleh berubah berdasarkan kekangan sedia ada di tapak bina.

"Seterusnya, apabila projek siap, sekolah akan mula beroperasi setelah perabot dan peralatan disediakan serta urusan pentadbiran diselesaikan,"
jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: