Konvoi Motosikal Tak Boleh Halang Lalu Lintas, Denda Menanti Pengguna Yang Ingkar

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konvoi penunggang motosikal yang mengganggu kelancaran trafik dan menghalang pergerakan kenderaan lain di jalan raya sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang

Perbuatan tersebut bukan sekadar menyusahkan pengguna jalan lain, malah boleh didakwa di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman jika seseorang menghalang, menyekat atau menggunakan jalan raya secara tidak wajar.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu seksyen berkenaan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau kedua-duanya.

"Setiap pergerakan berkumpulan atau konvoi perlu memaklumkan kepada pihak JSPT bagi tujuan menyelaras pergerakan kumpulan berkenaan untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Tiada penggunaan pengiring atau marshal dibenarkan untuk pergerakan secara berkonvoi. Penunggang motosikal hendaklah menunggang dengan berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan merujuk kepada Peraturan 5, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN.165/59," katanya.

SAYS.com
Image via TikTok

Tular penunggang motosikal berkumpulan di lebuh raya

Mengulas video tular baru-baru ini, Mohd Yusri tampil memberi penjelasan berhubung sekumpulan penunggang motosikal yang bergerak secara berkumpulan di lebuh raya, lengkap dengan kawalan oleh beberapa individu yang memakai vest keselamatan berwarna kuning.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan, berhampiran kawasan Nilai, Negeri Sembilan, melibatkan konvoi dari arah Kuala Lumpur menuju ke selatan tanah air.

Menurut Mohd Yusri, walau apa jua jenis kenderaan atau konvoi, semua pengguna jalan raya mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan aliran trafik lancar dan selamat.

"Semua kenderaan yang dipandu pada kelajuan yang perlahan hendaklah dipandu seberapa yang boleh, hampir dengan sebelah kiri jalan dan hendaklah pada setiap masa dipandu dalam cara yang tidak menghalang kenderaan lain, yang dipandu dengan lebih laju.

"JSPT ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya seperti pejalan kaki, penunggang basikal atau pengguna kenderaan bermotor hendaklah sentiasa bekerjasama apabila berada dalam pergerakan lalu lintas sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri ataupun jalan bandaran," katanya.

Lihat video di bawah:

@turtleispenyu

Aku pagi2 auto baran tau. Pakai vest ada tulis POLIS/AADK automatic boleh block2 jalan, tahan kete lori atas highway ke?!!

♬ original sound – Hunter 🎣 – Hunter 🎣

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: