Konten Bertukar Tragedi, Pempengaruh Hilang Nyawa Selepas Makan Ketam Beracun

Campuran neurotoksin kuat dipercayai telah memasuki aliran darahnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Viral Press
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh makanan popular dilaporkan meninggal dunia selepas memakan sejenis krustasea berbisa dikenali sebagai "devil crab" atau ketam syaitan, dalam satu kejadian tragis di Palawan, Filipina

Emma Amit, 51, sebelum itu dilihat menikmati hidangan tersebut dengan penuh selera lapor The Sun.

Rakaman memaparkan beliau mengangkat ketam berkenaan ke mulut dan memakannya sambil tersenyum, tanpa menyedari risiko besar yang menanti.

Difahamkan, Emma bersama rakan-rakannya telah mencari hasil laut termasuk kerang dan ketam di kawasan hutan paya bakau berhampiran kediamannya pada 4 Februari lalu.

Namun, kurang daripada 24 jam selepas memakan ketam tersebut, ibu kepada beberapa anak itu dilaporkan jatuh sakit secara mendadak.

Campuran neurotoksin kuat dipercayai telah memasuki aliran darahnya, menyebabkan keadaan kesihatannya merosot dengan cepat.

Menurut jiran, Emma mengalami kekejangan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

SAYS.com
Image via Viral Press

Disahkan meninggal dunia dua hari selepas memakan ketam berkenaan

Malangnya, beliau disahkan meninggal dunia pada 6 Februari iaitu hanya dua hari selepas memakan ketam berkenaan.

Ketua Kampung Luzviminda, Laddy Gemang, menggesa penduduk agar tidak "mempertaruhkan nyawa" dengan memakan haiwan berbahaya itu.

Beliau turut meluahkan kekeliruan memandangkan Emma dan suaminya dikenali sebagai nelayan berpengalaman.

"Ini sangat menyedihkan kerana mereka sepatutnya tahu,"
katanya.

"Dia dan suaminya kedua-duanya nelayan. Mereka tinggal di tepi laut, jadi saya pasti mereka tahu ketam syaitan ini berbahaya untuk dimakan. Jadi kenapa dia memakannya? Itu yang membuatkan saya keliru," tambahnya lagi.

SAYS.com
Image via Viral Press

Menurut Gemang, pegawai kampung telah dihantar ke rumah mangsa untuk meneliti kes tersebut. Cangkerang ketam berwarna terang ditemui dibuang di kawasan sampah rumahnya.

"Saya melihat cangkerang itu, ada kira-kira lapan. Saya tidak pasti sama ada semuanya ketam syaitan, tetapi rupanya hampir sama," tambahnya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada penduduk Puerto Princesa supaya lebih berwaspada.

"Jangan makan ketam syaitan yang berbahaya ini kerana ia telah meragut dua nyawa di bandar kami. Jangan mempertaruhkan nyawa anda," katanya.

Ketam 'syaitan', atau turut dikenali sebagai toxic reef crab, hidup di kawasan terumbu karang sekitar rantau Indo-Pasifik. Ia dianggap sebagai spesies ketam paling beracun di Filipina, dengan kira-kira separuh daripada kes keracunan dilaporkan membawa maut.

Insiden ini menjadi peringatan bahawa tidak semua hidupan laut selamat untuk dimakan, walaupun kelihatan biasa atau pernah ditemui sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: