Kongsi Foto Berkepala Botak Di Instagram, Elyana Masih Teruskan Rawatan Kemoterapi

Semoga Elyana diberi kesembuhan sepenuhnya dan bebas dari kanser limfoma.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan pelakon terkenal, Elyana sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto dirinya berkepala botak di laman Instagram

Dalam hantaran tersebut, Elyana dilihat berada di sebuah pusat perubatan sambil memakai baju pesakit.

Untuk makluman, Elyana pernah mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa beliau menghidap penyakit kanser limfoma sejak usia 29 tahun.

Namun, sekitar tahun 2021, beliau mengumumkan berita gembira bahawa dirinya telah bebas daripada penyakit tersebut selepas menjalani rawatan intensif selama bertahun-tahun.

Berita itu memberi sinar harapan kepada ramai pesakit kanser dan menjadikan Elyana simbol kekuatan dan ketabahan.

Susulan hantaran foto terbaharu itu, ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat dan doa daripada para peminat

Rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Elyana sambil berharap agar beliau terus kuat dan diberikan kesembuhan sepenuhnya.

Ramai juga mengagumi keberanian beliau yang terus terbuka berkongsi perjalanan hidupnya dengan jujur dan penuh kecekalan.

"Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tau…
bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.

"Pesan ku untuk teman-seperjuangan, keluar dari kelompok yang hanya bercakap pakai air liur. Biarkan mereka, mereka belum pernah rasa. Kau berharga, dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan. Tidak peduli dalam kurang atau lebih mu.

"Tetap lah menjadi orang yang baik walau mereka menghina mu tidak baik,"
tulisnya di kapsyen.

Gambar yang dimuat naik adalah beberapa bulan lalu ketika melakukan rawatan kemoterapi

Menurut laporan Berita Harian, Elyana memaklumkan foto dimuat naik di Instagram (IG) itu bukanlah gambar terbaharu, sebaliknya, dirakam beberapa bulan lalu, ketika dia menjalani rawatan kemoterapi.

"Setakat ini, saya masih teruskan kemoterapi. Kalau anda tengok media sosial, gambar itu bukanlah foto semalam (kelmarin).

"Tetapi (dirakam) beberapa bulan lalu ketika saya buat rawatan. Sekarang saya masih jalankan (rawatan) kemoterapi,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik