Komuniti Baba Nyonya Kini Boleh Daftar Etnik Mereka Secara Rasmi Dalam Sijil Lahir
Difahamkan, pengiktirafan tersebut diperjuangkan selama lebih sedekad sebelum ia akhirnya menjadi kenyataan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat pertama kali, ahli komuniti Baba Nyonya di Melaka kini boleh mendaftarkan etnik mereka secara rasmi dalam sijil kelahiran
Secara tak langsung, ia merupakan satu langkah bersejarah dalam usaha mengiktiraf identiti dan warisan masyarakat Peranakan di Malaysia.
Menurut laporan Free Malaysia Today, kemudahan itu turut akan diperluaskan kepada masyarakat Peranakan Cina di seluruh negara bermula Januari 2026, seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Imeprial HeritagePengiktirafan yang sudah lama diperjuangkan
Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan menyifatkan keputusan tersebut sebagai pencapaian besar dan simbol penghargaan kerajaan terhadap komuniti Baba Nyonya yang selama ini memainkan peranan penting dalam kepelbagaian budaya Malaysia.
"Sebagai rakyat Malaysia, berita yang kami terima baru-baru ini merupakan hadiah terbaik daripada kerajaan. Mulai sekarang, kami akan dikenali sebagai Baba Nyonya, satu sub-etnik dalam kalangan masyarakat Cina tempatan," ujarnya.

Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan
Image via The StarBeliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy, atas peranan penting mereka dalam merealisasikan usaha ini.
Ronald menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar telah memperjuangkan pengiktirafan tersebut selama lebih sedekad sebelum ia akhirnya menjadi kenyataan.
Proses permohonan akan dijalankan dengan teliti
Menurut Ronald lagi, penduduk Melaka akan menjadi kumpulan pertama yang boleh memohon pendaftaran etnik Baba Nyonya. Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa prosesnya akan dijalankan secara ketat dan teliti.
Difahamkan, pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, sebelum menyerahkan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). JPN kemudiannya akan menjalankan sesi temu duga bagi mengesahkan keturunan dan identiti pemohon.
Beliau menambah bahawa setelah seseorang diiktiraf sebagai Baba Nyonya, ahli keluarganya secara automatik akan layak memegang status etnik yang sama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 