Komposer Berbakat Kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw Cipta Sejarah, Raih Emmy Awards Menerusi Siri WondLa

Tahniah Joy!

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri seni Malaysia sekali lagi mempunyai sebab untuk berbangga apabila seorang lagi anak tempatan berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa

Kali ini, komposer berbakat kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw, mencuri perhatian selepas berjaya membawa pulang trofi berprestij di Emmy Awards!

Joy memenangi kategori Outstanding Music Direction and Composition for an Animated Program hasil kerja muziknya dalam siri animasi pengembaraan sci-fi, WondLa yang disiarkan di Apple TV+.

SAYS.com
Image via @joyngiaw (Instagram)
SAYS.com
Image via @joyngiaw (Instagram)

Pencapaian ini sekali gus menambah senarai rakyat Malaysia yang berjaya menempa nama di Hollywood, selepas kejayaan pelakon legenda negara, Michelle Yeoh yang pernah mencipta sejarah di Academy Awards.

Menariknya, Joy bukanlah nama baharu dalam industri kreatif antarabangsa. Beliau pernah bekerjasama dengan tokoh animasi terkenal, John Lasseter, yang dikenali sebagai individu penting di sebalik kejayaan filem animasi ikonik seperti Toy Story.

Muzik yang dihasilkan Joy untuk WondLa mendapat pujian kerana gabungan elemen orkestra epik bersama vokal unik yang memberi emosi mendalam kepada jalan cerita siri tersebut

SAYS.com
Image via @joyngiaw (Instagram)
SAYS.com
Image via ELLE

Dilahirkan di Malaysia, Joy kemudiannya melanjutkan pengajian di Berklee College of Music di Amerika Syarikat sebelum memulakan kerjaya profesional dalam bidang komposisi muzik untuk filem dan televisyen.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut terlibat dalam beberapa projek antarabangsa lain seperti Barbie Mysteries di Netflix dan filem Rescued by Ruby.

SAYS.com
Image via @joyngiaw (Instagram)

Dalam perkongsiannya sebelum ini, Joy menasihatkan golongan muda supaya berani mempercayai identiti dan suara kreatif masing-masing, selain terus belajar serta mengekalkan rasa ingin tahu yang tinggi dalam berkarya.

Kejayaan beliau ternyata membuktikan bahawa bakat dari Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi di pentas industri hiburan global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via