Klip Baharu Toksik Cinta Bongkar Sisi Sebenar Karmila – “Satu Malaysia Kena Tipu”

Fenomena itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memenuhi ruangan komen di media sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tontonmy (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Drama sensasi Toksik Cinta kembali hangat diperkatakan selepas satu klip video terbaharu tular di TikTok, sekali gus mengubah persepsi penonton terhadap watak utamanya, Karmila

Klip berdurasi seminit 17 saat itu mengejutkan peminat drama tersebut apabila mendedahkan bahawa Karmila bukanlah mangsa seperti yang digambarkan sebelum ini, sebaliknya merupakan individu yang memanipulasi keadaan untuk menuduh pasangannya, Alfi.

Sebelum ini, ramai penonton bersimpati terhadap Karmila kerana dipercayai menjadi mangsa kekasaran dan tekanan emosi dalam hubungan.

Namun, pendedahan terbaharu itu menunjukkan Karmila sanggup mencederakan diri sendiri bagi menimbulkan kecederaan palsu, sekali gus mewujudkan naratif bahawa Alfi adalah pelaku yang bertindak kasar.

Fenomena itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memenuhi ruangan komen di media sosial

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk pertanyaan mengapa rakan terdekat Karmila tidak tampil memberikan bukti lebih awal, selain ada yang mendakwa karakter seperti itu wujud dalam dunia sebenar.

"Wujud saja perempuan macam ni. Sampai dia berjaya penjarakan suami sendiri," tulis seorang pengguna.

Sementara seorang lagi berkata: "Memang dah agak Karmila buat-buat lebam tu sendiri. Silapnya lelaki dia tak upah peguam."

Terdapat juga warganet yang mengaitkan watak Karmila dengan personaliti selebriti antarabangsa yang pernah melalui kontroversi serupa, sehingga ada yang melabelnya sebagai "Amber Heard versi tempatan".

SAYS.com
Image via @tontonmy (TikTok)

Pemerhatian terhadap reaksi netizen turut membuka perbincangan lebih luas mengenai isu manipulasi emosi dan penderaan psikologi dalam hubungan, yang menurut mereka boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau kedudukan.

Sementara itu, klip tular berkenaan dilihat terus melonjakkan populariti drama Toksik Cinta yang kini menjadi antara siri paling banyak dibincangkan di platform digital.

Penonton yang ingin mengikuti perkembangan penuh drama ini boleh menonton Tonton Original Series: Toksik Cinta secara eksklusif di Tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan siri popular lain, orang ramai boleh mengikuti Tonton di FacebookXTikTok dan Instagram melalui akaun rasmi @tontonmy.

Tonton video klip baharu Toksik Cinta di bawah:

@tontonmy

Karmila menipu je la selama ni!! Grrr.. Strim Tonton Original Series: Toksik Cinta –> Setiap Isnin hingga Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi :- Aqasha sebagai Alfi @rienadiana_ sebagai Karmila @keithfoo sebagai Amsyar @cristinastockstill sebagai Farhana @dayangareeda sebagai Eez @ruzanaibrahim sebagai Anggun Arahan: @paliyahyalatest Penerbit: @ermafatima Terbitan: @rumah_karya_citra OST: @jimikamal_ Fantasia #ToksikCinta #TontonOriginals #Tonton #DramaSangat

♬ original sound – Tonton MY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via @tontonmy (TikTok)