KLIA Tersenarai Antara 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Dari Segi Kedai & Restoran

Malaysia memang terbaik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Trip Advisor & VietJetAir
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus mengharumkan nama negara apabila disenaraikan sebagai antara lima lapangan terbang terbaik dunia yang menawarkan jumlah kedai dan restoran terbanyak kepada pengunjung

Istilah 'pusat beli-belah dengan kapal terbang' dilihat semakin relevan dalam menggambarkan beberapa lapangan terbang tersibuk di dunia. KLIA sendiri tidak terkecuali apabila menawarkan pelbagai pilihan kedai dan restoran yang memenuhi keperluan penumpang.

Kemudahan ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelancong untuk berehat dan menjamu selera, malah membantu mengurangkan kebosanan sementara menunggu penerbangan. Dalam masa sama, ia turut menyumbang kepada pendapatan bukan aeronautik lapangan terbang.

SAYS.com
Image via Trip Advisor

Menurut laporan The Star, satu kajian yang dijalankan oleh DeCard, sebuah penyedia kad pembayaran stablecoin berpangkalan di Singapura, pendapatan bukan aeronautik menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah keseluruhan pendapatan sesebuah lapangan terbang.

Kajian tersebut turut menilai lapangan terbang di seluruh dunia berdasarkan jumlah pilihan tempat makan dan membeli-belah yang tersedia, selain mengambil kira nisbah kemudahan tersebut bagi setiap sejuta penumpang. Semakin tinggi jumlah kemudahan berbanding trafik penumpang, semakin tinggi kedudukan lapangan terbang tersebut.

KLIA yang mengendalikan kira-kira 48 juta penumpang setahun dan menjana sekitar SGD138.3 juta (RM433 juta) melalui pendapatan bukan aeronautik, berjaya menduduki tempat kelima dalam senarai 10 lapangan terbang utama dunia sebagai hab perbelanjaan terbesar.

Lapangan terbang ini menempatkan hampir 100 kafe serta restoran makanan segera di kawasan berlepas dan ketibaan. Selain itu, terdapat lebih 120 kedai yang menawarkan pelbagai barangan termasuk produk tempatan dan barangan bebas cukai. Jumlah ini dilihat mengatasi beberapa lapangan terbang sibuk lain seperti di Dubai dan Paris.

SAYS.com
Image via Trip

Mendahului senarai tersebut ialah Lapangan Terbang Changi Singapura yang menjana pendapatan bukan aeronautik sebanyak SGD1.1 bilion (RM3.4 bilion)

Lapangan terbang itu memiliki lebih 500 kedai dan 270 restoran, serta melayani sekitar 59 juta penumpang setiap tahun.

Secara keseluruhan, lapangan terbang di Asia mendominasi senarai 10 teratas dengan enam kedudukan. Selain Malaysia dan Singapura, negara lain yang turut tersenarai ialah Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Thailand.

Berikut merupakan senarai penuh lapangan terbang dengan jumlah purata lokasi perbelanjaan bagi setiap satu juta penumpang:

  1. Changi Airport, Singapura – 6.62
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan – 2.79
  3. Lapangan Terbang Haneda, Jepun – 2.47
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo/Guarulhos, Brazil – 2.35
  5. KLIA, Malaysia – 2.29
  6. Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye – 1.89
  7. Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Filipina – 1.88
  8. Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand – 1.84
  9. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar – 1.71
  10. Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Kanada – 1.71

Pencapaian ini sekali gus membuktikan KLIA bukan sahaja berfungsi sebagai hab penerbangan utama negara, malah turut berkembang sebagai destinasi gaya hidup yang menawarkan pengalaman membeli-belah dan kulinari bertaraf antarabangsa kepada para pengunjung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: