KKR Minta Orang Ramai Tampil Beri Maklumat Kes Kereta Jatuh Gaung Di Hulu Terengganu
Kementerian memandang serius tindakan mengalih tanda amaran dan penghadang konkrit ini.
Cover image via Khairul Fikiri | BERNAMAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memohon bantuan orang ramai untuk memberi maklumat berkaitan pengalihan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kejadian Hulu Terengganu
Pengalihan papan tanda amaran dan penghadang konkrit ini telah meragut nyawa dua orang tiga hari lepas.
Mangsa seorang Hassan Shazali,52 seorang guru dan Suzaimah Che Azis, 34, pekerja kantin sekolah yang sama telah meninggal dunia apabila kereta dinaiki mereka telah menjunam jatuh ke gaung.
Berdasarkan laporan Harian Metro, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengatakan kementerian memandang serius perkara ini atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.

Papan tanda amaran dan penghadang jalan telah diubah
"Menurut dakwaan yang dibuat, papan tanda amaran dan penghadang telah diubah. Adalah sangat penting untuk kita tahu siapa yang mengubahnya. Kami tidak mengubahnya dan langkah berjaga-jaga telah pun dibuat," ujar beliau.
Siasatan di lokasi kejadian sedang dijalankan dan mengikut prosedur KKR tetapi pihaknya masih belum dapat memastikan pihak yang mengubah kedudukan penghadang keselamatan tersebut.
"Kita belum tahu lagi… kalau sesiapa tahu, bagitahu kepada kita," katanya.
Jumaat lepas sepasang bakal pengantin yang menaiki SUV dari arah Hulu Terengganu menuju Gua Musang maut kerana kenderaan mereka terbabas lalu jatuh ke gaung sedalam 61 meter.
Menurut polis, ini adalah faktor kecuaian dan pemeriksaan mendapati tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kejadian telah dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Susulan itu, penghadang dan papan tanda amaran baru juga telah diletakkan semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



