KKM Umum Harga Ubat-Ubatan Bakal Naik Harga & Meningkat Sehingga 40% Susulan Krisis Bahan Api
Difahamkan, harga ubat meningkat akibat gangguan penghantaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Harga ubat-ubatan di negara dilaporkan meningkat antara 30 hingga 40 peratus
Menurut laporan dari Kosmo, kenyataan ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa peningkatan harga bahan api telah memberi kesan kepada kos peranti perubatan.
Peningkatan ini adalah berikutan kenaikan kos logistik, pengangkutan dan bahan api.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Dewan KosmikHarga naik kerana berkait logistik, pengangkutan dan minyak
"Pastinya harga ubat sudah pun mula meningkat kerana perkara ini berkait dengan logistik, pengangkutan dan minyak. Kita dapati kos kenaikan harga ubat-ubatan telah pun berlaku lebih kurang 30 hingga 40 peratus," katanya.
Tambahan lagi, harga peranti perubatan meningkat lebih ketara kerana gangguan penghantaran konsainan pada peringkat awal.
Penangguhan penghantaran menjadi antara sebab peningkatan dimana penghantar ubat-ubatan telah 'menahan' ubat-ubatan menyebabkan kenaikan harga lebih awal sebelum Mac lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Image via Galen CentreMenurut beliau, perkara ini akan diteliti secara menyeluruh oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di peringkat Kabinet.
"Kita sentiasa melihat perkara-perkara ini dan akan perincikan bagaimana kita tangani dan ambil langkah mitigasi untuk jangka pendek, pertengahan dan panjang," kata Dr. Dzulkefly yang juga memberi jaminan tahap perkhidmatan kesihatan negara tidak terjejas setakat ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 