KKM Sedang Siasat Dakwaan Warga Asing Elak Bayar Bil Rawatan Dengan Alasan Pasport Hilang

Difahamkan, segelintir warga asing mengelak bayar bil rawatan dengan cara tidak membawa pasport.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Syok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan warga asing mengelak dari membayar bil

Pesakit warga asing itu dikatakan tidak membawa pasport bagi mengelak dari membuat bayaran rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan dari Harian Metro, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak mereka belum boleh mengesahkan kesahihan dakwaan yang mendakwa sebagai kakitangan hospital.

"Bagi saya, perkara ini mustahak untuk diteliti dan disiasat dengan lebih rapi kerana kita perlu menghormati mereka yang memberi maklumat. Kadangkala kita juga mahu whistleblower dilindungi," kata beliau.

"Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad akan berbincang dengan pengurusan tertinggi kementerian berhubung dakwaan berkenaan," tambah beliau lagi.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Tular dakwaan dari jururawat bekerja di HKL

Sebelum ini tular di Threads (ciapan telah dipadamkan) apabila seorang wanita yang mengakui dia adalah seorang jururawat di bahagian kecemasan di HKL mengatakan warga asing yang mendapatkan rawatan di fasiliti itu mengelak daripada membuat bayaran dengan tidak membawa pasport.

Jururawat itu mendakwa, warga asing sepatutnya membayar RM2,800 sebagai deposit sebelum dimasukkan ke wad untuk dirawat tetapi beberapa warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar 'berpura-pura' tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

SAYS.com
Image via pedoqpop (X)

Menurut Dr Dzulkefly, pemegang kad kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) hanya dikenakan deposit sebanyak 50% dari kadar asal.

Mengulas Lampiran A yang digunakan untuk mengelak bayaran, beliau menegaskan borang itu hanya boleh digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan nyawa di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

"Lampiran A bukan pengecualian bayaran tetapi hanya penangguhan sementara bagi membolehkan rawatan kecemasan seperti resusitasi dan penstabilan pesakit dilakukan segera," kata beliau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: