KKM Perjelas Isu Tular, Tiada Bukti Minyak Wangi Sebabkan Kanser Limfoma

Menurut KKM, minyak wangi dikawal sama seperti kosmetik lain dan tertakluk kepada Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa sehingga kini tiada sebarang bukti saintifik atau laporan rasmi yang menyokong dakwaan bahawa penggunaan minyak wangi mempunyai kaitan dengan risiko penyakit kanser, terutamanya kanser limfoma

Memetik laporan Berita Harian, kenyataan ini dikeluarkan bagi menyangkal dakwaan sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai kesan sampingan berbahaya dan risiko kanser limfoma akibat semburan wangian tertentu.

Menjelaskan lebih lanjut, KKM memaklumkan bahawa penghasilan kosmetik moden seperti minyak wangi telah diformulasi secara teliti menggunakan gabungan bahan semula jadi dan sintetik untuk memastikan kualiti produk dari segi ketahanan bau, tekstur, warna, serta jangka hayat simpanan adalah pada tahap optimum.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Gambar janaan AI

Tidak terbukti berkait dengan punca kanser

Walaupun terdapat kajian mengaitkan beberapa komponen produk dengan kesan kesihatan seperti alahan atau gangguan sistem badan, kaitan langsungnya sebagai punca kanser masih tidak terbukti.

Hal ini kerana tahap pendedahan harian pengguna terhadap bahan tersebut adalah sangat rendah dan tidak memadai untuk mencetuskan penyakit berkenaan.

"Minyak wangi dikawal sama seperti kosmetik lain dan tertakluk kepada Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

"Syarikat yang ingin memasarkan produk perlu menotifikasikan setiap produk dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan memastikan ia selamat digunakan, termasuk tidak membahayakan kesihatan manusia apabila digunakan dalam keadaan biasa atau dijangka," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan mengenai risiko kanser limfoma akibat semburan minyak wangi sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan netizen.

Biarpun ada pengguna berkongsi pengalaman mengalami kesan sampingan ringan seperti gatal-gatal dan ruam kulit, namun sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan perubatan yang membuktikan kewujudan kaitan langsung antara gejala tersebut dengan penyakit kanser.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Gambar janaan AI

Like Facebookfollow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: