KKM Muktamadkan Pengharaman Vape Sepenuhnya Menjelang 2026 – “Hanya Menunggu Masa”

Keputusan pengharaman vape bukan lagi persoalan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Malaysia kini berada di landasan tetap untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape di seluruh negara

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan langkah drastik ini dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya menjelang tahun depan.

"Kita sebenarnya sudah sedia dan saya pernah kata istilah sekarang ini bukan 'jika' kita haramkan vape, tetapi 'bila' kita akan haramkannya.

"Ini bermakna, kita sudah menetapkan keputusan untuk pengharaman vape, mungkin pertengahan 2026 atau paling lewat hujung 2026," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

KKM bawa semula kertas cadangan ke Kabinet awal tahun depan

KKM mengesahkan akan membawa semula cadangan pengharaman penuh vape ke mesyuarat Kabinet pada awal tahun depan.

Langkah ini merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memuktamadkan status penggunaan peranti tersebut yang disasarkan menjelang tahun depan.

Dzulkefly menjelaskan bahawa walaupun perkara itu tidak sempat dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, beliau tetap optimis bahawa pertimbangan semula akan dilakukan dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai faktor utama yang mendesak pengharaman tersebut, Dr. Dzulkefly mendedahkan kebimbangan serius mengenai evolusi kandungan cecair vape di pasaran ketika ini.

"Kita dengar terlalu banyak kebejatan mengenai vape dan penggunaannya. Saya baru dengar tadi ada pesakit di sini (Hospital Permai) yang dirujuk kerana mengalami psikosis akibat penggunaan bahan seperti kanabis sintetik dan bahan terlarang lain, sebahagiannya diambil melalui vape," katanya.

SAYS.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Image via Dr Dzulkefly Ahmad (Facebook)Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: