KKM Dedah Statistik Mengejutkan, Hampir 44,000 Pelajar Sekolah Hisap Rokok Tahun Lalu

Angka itu membabitkan 44,211 pelajar sekolah menengah, dan 230 lagi murid sekolah rendah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bahawa hampir 45,000 pelajar sekolah di seluruh negara didapati menggunakan produk merokok pada tahun lalu

Ia termasuk rokok konvensional, rokok elektronik dan vape.

Angka berkenaan membabitkan seramai 44,211 pelajar sekolah menengah serta 230 murid sekolah rendah yang dikesan terjebak dengan gejala merokok selepas menyertai Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Ada yang sudah menyertai intervensi berhenti merokok

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata daripada jumlah itu, 17,172 pelajar sekolah menengah dikenal pasti menggunakan rokok konvensional, manakala 19,782 lagi menggunakan rokok elektronik atau vape.

Daripada keseluruhan mereka, seramai 36,870 pelajar telah menyertai intervensi berhenti merokok.

Bagi peringkat sekolah rendah pula, seramai 55 murid dikenal pasti menggunakan rokok biasa dan 138 murid lagi menggunakan rokok elektronik atau vape, dengan 201 orang sudah menyertai intervensi berhenti merokok.

SAYS.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Image via Berita Harian

"KKM komited membendung amalan merokok dan ketagihan vape dalam kalangan generasi muda melalui pelaksanaan inisiatif bersepadu, merangkumi pencegahan awal dan intervensi berhenti merokok secara berfokus.

"Perkhidmatan berhenti merokok iaitu Klinik Berhenti Merokok (KBM) turut ditawarkan di 857 klinik kesihatan di seluruh negara.

"Perkhidmatan ini disediakan bagi membantu dan memudah cara perokok berhenti merokok melalui teknik terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau gabungan kedua-duanya dalam tempoh enam bulan.

"Seramai 38,467 perokok mendaftar dalam program berhenti merokok di KBM tahun lalu, selain 8,659 klien sudah menetapkan tarikh berhenti dan 4,916 lagi berjaya berhenti merokok dengan kadar kejayaan sebanyak 56.8 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung keberkesanan program berhenti merokok dalam kalangan generasi muda, menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara.

Menurut Dzulkefly, KKM turut mengoptimumkan penggunaan teknologi melalui platform JomQuit, yang menyediakan khidmat rundingan berhenti merokok secara dalam talian bersama pengamal kesihatan bertauliah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: