KKM Cadang Tambah Buah & Sayur Dalam Program SARA, Galak Rakyat Amal Pemakanan Lebih Sihat
Admin pun setuju!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Menurut laporan Kosmo!, langkah tersebut dilihat sebagai strategi untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan akses kepada makanan sihat, malah menyokong usaha kerajaan dalam mengubah corak pemakanan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Image via Utusan Malaysia"Saya akan membawa perkara ini sebagai satu pandangan, atau satu pertimbangan, ini semua adalah strategi menggalakkan," katanya.
Menurut beliau lagi, usaha menjadikan makanan sihat lebih mampu milik dan mudah diperoleh merupakan pendekatan halus yang boleh memberi impak besar dalam jangka panjang
Setakat ini, program SARA hanya meliputi 14 jenis barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, makanan dalam tin, minuman, dan ubat-ubatan.
Dengan penambahan buah dan sayur dalam senarai ini, ia diharap dapat membantu mengurangkan masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Tetapi persoalannya bagaimana kita boleh menggalakkan mereka, menolak mereka supaya akhirnya lebih cenderung mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via PNG treeImage viaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 