KKM Cadang Cukai Cecair Vape Dinaikkan Dari 40 Sen Jadi RM4 Per Mililiter

Cadangan itu sudah pun dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2026.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kenaikan cukai terhadap cecair nikotin bagi rokok elektronik atau vape dengan nilai yang jauh lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda daripada kadar semasa

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata cadangan berkenaan telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk pertimbangan dan dimasukkan dalam Belanjawan 2026.

Menurutnya, kadar cukai baharu itu akan menyaksikan cecair vape dikenakan cukai RM4 bagi setiap mililiter (ml), berbanding kadar sedia ada 40 sen.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

"Saya ingin berkongsi maklumat mengenai ringkasan penyelarasan produk merokok. Sebatang rokok bersamaan 10 sedutan, manakala sekotak rokok bersamaan 200 sedutan.

"Bagi 1ml cecair (nikotin) vape pula bersamaan 100 sedutan dan 2ml adalah 200 sedutan.

"Kadar cukai dicadangkan untuk cecair vape daripada 40 sen kepada RM4 per ml. Ini adalah cadangan KKM supaya dapat diterima oleh MoF," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai tindakan kawalan segera KKM sementara menuju ke arah pengharaman sepenuhnya rokok elektronik atau vape.

SAYS.com

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Image via New Straits Times

Sebelum ini terdedah dengan kes lebih tinggi, cadang kepada pengharaman sepenuhnya

Sementara itu, Lukanisman memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memiliki data terkini berkaitan penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan produk merokok, termasuk rokok elektronik atau vape.

Setakat ini, sebanyak 46 kes EVALI sejenis komplikasi serius yang memberi kesan kepada paru-paru telah direkodkan, selain 45 kes bukan EVALI yang turut berpunca daripada penggunaan vape dan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan lain.

Namun begitu, katanya, KKM masih belum mempunyai data terperinci kerana penyakit berkaitan vape masih berada dalam peringkat kajian.

"Sebab ini, sebelum kita terdedah dengan kes lebih tinggi, lebih baik kita terus menjurus kepada pengharaman sepenuhnya vape seperti (dilakukan) negara ASEAN lain, antaranya Brunei, Laos dan Singapura.

"Kini, terdapat 37 negara yang sudah mengambil keputusan mengharamkan vape dan ini memberi kesan baik.

"Lebih baik kita mengharamkan salah satu mudarat yang ada ketika ini, berbanding berperang dengan rokok dan vape,
" katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol).

SAYS.com
Image via NSTP/Asyraf Hamzah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: