KKM Beri Amaran Terapi ‘Tidur Enam Saat’ Sebenarnya Boleh Undang Risiko Maut
Hal ini kerana ia mampu mengundang risiko kesihatan yang serius serta berpotensi membawa maut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran keras agar tidak sesekali mencuba terapi yang dikenali sebagai 'tidur enam saat'
Hal ini kerana ia mampu mengundang risiko kesihatan yang serius serta berpotensi membawa maut
Dalam maklum balas kepada MyCheck Malaysia, KKM menegaskan bahawa amalan tersebut bukanlah tidur yang sebenar, sebaliknya merupakan tindakan memberikan tekanan fizikal pada bahagian leher yang mengakibatkan individu pengsan akibat kekurangan oksigen ke otak.
"Prosedur sedemikian boleh mengakibatkan komplikasi perubatan yang signifikan termasuklah pengsan mengejut, strok, kecederaan arteri karotid, gangguan irama jantung (aritmia), hipoksia serebrum, kecederaan otak kekal, sawan, selain risiko kematian.
"Setakat ini, tiada asas saintifik atau bukti perubatan yang menyokong keberkesanan kaedah tersebut yang menggunakan tekanan pada bahagian leher sehingga menyebabkan kehilangan kesedaran secara sementara," kata KKM kepada MyCheck Malaysia.
MyCheck Malaysia, inisiatif semakan fakta oleh Bernama, kini membanteras dakwaan palsu mengenai terapi 'tidur enam saat'.
Walaupun "perawat" mendakwa kaedah ini mampu mengeset semula pusat otak serta membuang unsur negatif dan tekanan, MyCheck menegaskan ia merupakan maklumat yang tidak benar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianTerapi tidak diiktiraf
Video tular menunjukkan individu dipengsankan seketika melalui tekanan pada bahagian leher atau bahu, yang kemudiannya tersedar dalam keadaan terkejut dan meronta. KKM menjelaskan bahawa fenomena ini adalah induced convulsive syncope, iaitu pengsan yang disertai pergerakan seakan sawan akibat gangguan bekalan oksigen ke otak secara mengejut.
Tegas KKM, terapi ini tidak diiktiraf oleh mana-mana badan perubatan, fraterniti kesihatan, mahupun di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Amalan ini terbukti bukan sebahagian daripada kaedah perubatan moden atau tradisional yang sah.
Video tular menunjukkan individu dipengsankan seketika melalui tekanan pada bahagian leher atau bahu, yang kemudiannya tersedar dalam keadaan terkejut dan meronta.
KKM menjelaskan bahawa fenomena ini adalah induced convulsive syncope, iaitu pengsan yang disertai pergerakan seakan sawan akibat gangguan bekalan oksigen ke otak secara mengejut.
Tegas KKM, terapi ini tidak diiktiraf oleh mana-mana badan perubatan, fraterniti kesihatan, mahupun di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Amalan ini terbukti bukan sebahagian daripada kaedah perubatan moden atau tradisional yang sah.
"Berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif perubatan berasaskan bukti, tindakan ini bukanlah suatu intervensi terapeutik atau rawatan kesihatan yang sah.
"Ia sebaliknya merupakan satu bentuk tindakan fizikal berisiko tinggi yang berpotensi mendatangkan kemudaratan serius kepada individu terlibat… memandangkan amalan ini tidak dikawal selia di bawah Akta 775, tiada garis panduan khusus yang dibangunkan," kata KKM.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Astro AwaniAmalan tidak disokong sains perubatan
Walaupun individu yang menjalani terapi tersebut mendakwa berasa segar seolah-olah telah tidur lena, Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan bahawa perasaan lega itu hanyalah kesan sementara daripada tindak balas kecemasan badan terhadap situasi bahaya.
"Bila otak kekurangan oksigen, badan terus aktifkan sistem kecemasan. Hormon seperti adrenaline, noradrenaline, serta lonjakan dopamine dan endorphin dilepaskan untuk menyelamatkan otak.
"Ini boleh mencetuskan rasa lega, ringan, atau euforia sementara. Hakikatnya, ia adalah reaksi badan selepas hampir berdepan bahaya," menurut PHM.
PHM menyifatkan kelegaan tersebut umpama perasaan seseorang yang hampir lemas tetapi berjaya bernafas semula; walaupun terasa melegakan, pengalaman tersebut tetap berbahaya kepada nyawa.
"Istilah tidur enam saat ini biasanya digunakan untuk perbuatan menekan bahu, tengkuk atau leher seseorang sehingga individu itu pitam sekejap, kemudian sedar semula… Ia sering dianggap sebagai gurauan, cabaran, atau kononnya satu bentuk "terapi".
"Tetapi dalam perubatan, ini bukan prosedur rawatan dan bukan teknik yang selamat… otak tidak mempunyai simpanan oksigen, aliran darah mesti berterusan setiap saat… risikonya tidak kecil dan tidak boleh diramal" kata PHM.
PHM memberi amaran bahawa terapi ini boleh menyebabkan jenti terhenti secara mengejut, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah jantung atau saluran darah yang tidak dikesan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 