Khemah Melayang Akibat Angin Kencang, Bazar Ramadan Terpanjang Bertukar ‘Kecoh’

Kejadian itu turut mengakibatkan kerugian barangan dan peralatan buat peniaga yang terlibat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @chefazreen86 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permulaan Ramadan kali ini membawa ujian besar buat para peniaga di bazar Ramadan terpanjang yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang

Hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku petang tadi telah mengakibatkan kerosakan pada struktur khemah di sebahagian kawasan tapak perniagaan sepanjang 1.4 kilometer tersebut.

Kejadian yang tular menerusi rakaman video itu memaparkan detik cemas apabila peralatan niaga serta stok juadah berbuka puasa diterbangkan angin dan basah lencun terkena hujan.

Musibah ini bukan sahaja menjejaskan persiapan hari pertama mereka, malah turut mengakibatkan kerugian barangan dan peralatan buat peniaga yang terlibat.

Suasana menjadi cemas apabila peniaga dan pengunjung terpaksa berteduh di bawah khemah yang masih bertahan, sementara sebahagian peniaga lain pula bergegas menyelamatkan peralatan niaga mereka sebaik sahaja ribut melanda.

SAYS.com
Image via @chefazreen86 (TikTok)

Cuaca yang mulanya tenang berubah menjadi ganas secara tiba-tiba hanya dalam tempoh beberapa minit

Menerusi perkongsian video oleh @chefazreen86 di TikTok, suasana yang awalnya tenang berubah menjadi kencang dalam tempoh singkat sehingga menggoncang khemah serta membasahi seluruh kawasan tersebut.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang sehingga jam 7 malam melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan tujuh buah negeri lain.

Berdasarkan hantaran pada jam 2.55 petang Khamis, cuaca buruk itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka, serta beberapa kawasan di Selangor seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, dan Sepang.

Amaran yang sama turut melibatkan Raub, Bentong, Temerloh, Bera, dan Rompin di Pahang, manakala di Johor merangkumi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, dan Johor Bahru.

Di Sabah, kawasan yang dikenal pasti terjejas ialah Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau, Tambunan, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Tawau.

Sementara itu di Sarawak, amaran meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song, Bintulu, Subis, Beluru, Miri, Marudi, dan Limbang.

SAYS.com
Image via @chefazreen86 (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

@chefazreen86

Dugaan puasa pertama, hujan di bazar taman tasik puteri rawang, kesian kepada para peniaga dan pengunjung #bazartamantasikputeri #fyp #hujan #puasa

♬ original sound – D Hajjah – D Hajjah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: