“Khalwat Hanya Kesalahan Untuk Orang Miskin, Yang Kaya Tak Tertangkap” – Mohd Zaid

"Ikat jamin sebanyak RM1,500 mungkin tidak menjadi masalah kepada keluarga kelas menengah atau atasan."

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, tampil memberi pandangan berbeza mengenai isu jenayah khalwat yang menurutnya masih kabur dan terbuka kepada tafsiran subjektif

Dalam satu perkongsian di Facebook miliknya, beliau memberitahu pelaksanaan undang-undang khalwat ketika ini sering menimbulkan persoalan kerana ia mudah dipengaruhi oleh bias serta penyalahgunaan budi bicara pihak berkuasa.

Namun, beliau membangkitkan persoalan mengapa kesalahan sama jarang sekali dikaitkan dengan golongan berada seperti ahli Parlimen atau menteri.

Menurutnya, mereka lebih berkemampuan untuk menyewa apartmen peribadi, menginap di hotel mewah atau membuat 'aturan' yang lebih sulit hingga sukar dikesan.

"Ini menjadikan khalwat sebagai `kesalahan orang miskin',  bukan kerana orang kaya tidak melakukannya tetapi kerana mereka tidak tertangkap.

"Apabila penguatkuasaan secara asasnya bersifat terpilih, ia gagal memenuhi prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,"
katanya.

SAYS.com

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Image via Berita Harian

Dakwa jumlah ikat jamin mungkin tidak menjadi masalah kepada keluarga kelas atasan

Dalam pada itu, Zaid sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat apabila menyuarakan pandangan agar kesalahan khalwat dinyahjenayahkan kerana dianggap membebankan golongan miskin dan membuka ruang kepada ketidakadilan.

Zaid merujuk laporan terbaru mengenai sepasang kekasih yang terpaksa meringkuk dalam penjara selepas gagal membayar ikat jamin RM1,500 setiap seorang seperti ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang semalam.

Katanya, jumlah itu mungkin kecil bagi keluarga kelas menengah atau atasan, tetapi bagi peniaga kecil, pekerja kilang, atau pelajar, ia cukup berat sehingga menyebabkan mereka terpaksa ke penjara sementara menunggu perbicaraan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Lebih memburukkan keadaan, mereka turut berdepan stigma masyarakat, tekanan keluarga dan penghinaan umum.

Sehubungan itu, beliau berpendapat kesalahan khalwat lebih wajar dikategorikan sebagai isu moral peribadi antara individu dengan Tuhan, bukannya alasan untuk menghumban seseorang ke penjara.

"Kalau benar matlamat undang-undang khalwat mahu mendidik akhlak, cara yang lebih sesuai adalah melalui pendidikan, kaunseling keluarga dan sokongan masyarakat. Bukan dengan hukuman," tegasnya.

Zaid juga mengingatkan bahawa dalam Islam sendiri, perbuatan tajassus (mengintip) adalah dilarang, tetapi operasi serbuan khalwat kebiasaannya bergantung kepada pengintipan yang mencabul ruang peribadi.

Beliau menambah, pendekatan dekriminalisasi ini tidak akan melemahkan iman umat Islam, sebaliknya boleh memulihkan semula prinsip keadilan dan kesaksamaan. Malah, ia juga membolehkan negara memberi fokus kepada isu lebih kritikal seperti penderaan seksual, keganasan rumah tangga dan eksploitasi.

"Pemimpin berhaluan sederhana seperti Anwar Ibrahim dan Azalina Othman Said tentu faham isu ini. Soalnya sekarang, apa kata Azalina?" katanya mengakhiri kenyataan.

SAYS.com
Image via Datuk Zaid Ibrahim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: