Khairul Aming Umum Produk Baru Rendang Nyet Berapi, Ajak Orang Ramai ‘Battle’ Jumaat Ini

Dia datang dengan rendang pula!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas kejayaan sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi yang sentiasa sold out

Sejak dilancarkan pada tahun 2021, produk keluaran beliau telah mencipta fenomena tersendiri.

Dengan strategi pemasaran yang bijak dan produk berkualiti, jenama ini bukan sahaja konsisten 'sold out' dalam masa beberapa minit, malah berjaya mengubah persepsi ramai terhadap produk makanan buatan tempatan.

Kini Khairul Aming muncul lagi dengan produk baharu bernama Rendang Nyet Berapi.

SAYS.com
Image via @khairulaming (Instagram)

Akan dilancarkan pada Jumaat, 8 Ogos ini

Menerusi laman Instagram milik Khairul Aming, beliau berkongsi Rendang Nyet Berapi ini akan mula dilancarkan pada Jumaat ini, 8 Ogos.

Malah, beliau turut menjemput orang ramai untuk 'battle' dan merasai sendiri kelazatan produk terbaharunya itu.

"Selepas berbulan-bulan buat persediaan, akhirnya KA nak annouce yang produk ketiga kita akhirnya akan dikeluarkan.

"Kalau korang sudi jemput battle hari Jumaat ini, 8 Ogos sebab kita nak launch 70,000 paket pada jam 9 malam live di TikTok Khairul Aming.

"Semua ni tak akan possible tanpa support dari anda semua,"
katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik