Khairul Aming Saran Pelanggan Naik Monorel Atau Carpool Ke Rembayung – “Tak Nak Buat Walk-In”
Betul juga, kalau buat walk-in confirm ramai beratur berjam-jam.
Cover image via @khairulaming (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA) sekali lagi menarik perhatian apabila berkongsi beberapa nasihat penting kepada peminat yang merancang untuk mengunjungi restoran baharunya, Rembayung, yang dijangka dibuka pada Januari depan

Dalam sesi live di TikTok, KA berkata beliau menjangka isu kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta akan menjadi cabaran utama pada hari pembukaan nanti.
Menurutnya, restoran tersebut terletak sangat dekat dengan laluan monorel, hanya kira-kira lima minit berjalan kaki. Jadi, KA menggalakkan pelanggan untuk naik e-hailing, carpool atau menggunakan monorel.
Bagi mengelakkan beratur panjang dan menunggu lama, Rembayung akan menggunakan sistem reservation sahaja.

"Untuk pembukaan restoran juga tiada walk in, semuanya perlu tempah awal, reservation. Sebab saya tidak mahu pelanggan beratur di bawah panas atau hujan.
"Mungkin ada yang sanggup beratur daripada malam lagi. Bukan kata saya syok sendiri, tetapi tidak mustahil berlaku. Saya tidak akan pastikan perkara itu berlaku kerana tidak bagus untuk semua orang. Tidak elok untuk pelanggan dan juga untuk saya sebagai pengusaha restoran.
"Terimalah hakikat bahawa hanya 200 orang sahaja boleh masuk untuk satu masa. Memang akan ada sistem yang mengawal perkara itu. Sistem walk in akan jadi isu kelak kerana beratur sampai lapan jam," katanya.
Menjawab soalan ramai tentang harga menu, KA mengakui bahawa beliau tidak dapat menawarkan harga murah seperti yang diharapkan sesetengah pihak

"Jujur saya cakap, saya tidak boleh letak harga murah untuk setiap hidangan. Harga mesra rakyat tidak boleh. Kerana lihat kepada suasana restoran tersebut.
"Untuk membina restoran itu makan kos jutaan ringgit. Penghawa dingin sahaja sampai 12 biji dan perlu tambah lagi. Dengan pekerja 50 orang. Kos elektrik dan air juga perlu diambil kira," katanya lagi.
Lihat video di bawah:
View on Threads


